betul kah Najib lebih teruk? |
Memang kita tahu ketika Pak Lah mengambil alih negara daripada Tun Mahathir dan kemudian mengadakan PRU ke 11, BN menang besar dan lebih memalukan apabila Lim Kit Siang, Karpal singh kalah.
Rakyat betul-betul menyokong Pak Lah, Masih segar dalam ingatan apabila Pak Lah kembali ke Kepala Batas selepas menerima tugas dari Mahathir, puluhan ribu rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Perak menyambut beliau di Lapangan terbang Bayang Lepas dan ribuan kenderaan berkonvoi untuk menghantar Pak Lah balik ke Kepala Batas.
Walaupun petang tersebut cuaca sangat panas tambahan pula pada bulan puasa, rakyat dari pelbagai kaum dan agama bersama Pak Lah dan sokongan terhadap Pak Lah sangat luar biasa dan 2004 Barisan Nasional menang besar
Akan tetapi kesilapan besar Pak Lah ialah apabila beliau membebaskan Anwar dan membatalkan keputusan mahkamah. Anwar kembali sebagai seorang yang tidak bersalah. Pak Lah juga telah mengadakan perjumpaan sulit dengan Anwar di Hulu Langat Selangor dan pertemuan diatur oleh seorang pemimpin ajaran sesat yang zahirnya beragama Islam.
KJ menantu Pak Lah telah membantu Anwar dalam menyiapkan pasport Anwar untuk membolehkan Anwar mendapat rawatan sakit tulang belakang di Jerman. Sekembalinya Anwar ke tanah air beliau membuang kolar leher, membuang kerusi roda , bengkong di pinggang dan lain-lain alat-alat bantuan diri beliau.
PRU 12 menyaksikan tsunami politik berlaku dan kerusi dewan rakyat jatuh daripada 2/3 kepada 140 kerusi sahaja dan BN kalah 5 negeri. Walaupun Anwar tidak layak bertanding tetapi peranan beliau amat besar dalam membawa dana luar masuk untuk digunakan oleh jentera pembangkang.
Kalahnya Bn kerana pada ketika itu pembangkang menjadi juara dalam cyber war fare. BN ketinggalan jauh di belakang Dap, Pkr dan Pas.
Anwar kembali semula ke gelanggang politik selepas edahnya 5 tahun sebagai banduan tamat. Anwar memaksa Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh maka satu PRK terpaksa di adakan dan Anwar kembali ke Dewan Rakyat setelah menang besar dalam PRK P44 pada tahun 2009.
Anwar terus mengorak langkah dengan laju serta menyusun strategi untuk merampas semula kerajaan pada PRU 13 setelah usaha beliau untuk menarik 30 ahli dewan rakyat pada 16 September 2009 gagal.
PRU 13 adalah PRU yang paling hebat dalam sejarah tanah air. Hebat kerana dana asing semakin banyak masuk, Pas juga mendapat sumber kewangan luar dan segala transaksi masuk ke Malaysia melalui China. PKR mendapat dana dari luar melalui Bangkok dan Manila. Anwar semakin hebat dengan segala macam bantuan dari simbol syaitan.
Justeru, untuk menubuhkan kerajaan selepas PRU 13, dua pertiga bukan lagi menjadi soal. walaupun menang satu kerusi, BN tetap menjadi kerajaan yang sah. Hari ini BN memperolehi 133 kerusi dewan rakyat dan berjaya menubuhkan kerajaan. Bn juga berjaya merampas kembali Kedah dan kini hanya Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kekal milik pembangkang.
Kini pengundi Cina akan merasa azab selepas mereka menolak semua calon-calon Bn dari parti Mca dan Gerakan.
5 tahun dari sekarang mereka akan merasa ekonomi mereka akan menjunam kerana bangsa melayu sudah marah dan kecewa dengan sikap pengundi cina. Mereka lupa jus soli, lupa kontrak sosial, tidak menghormati perjanjian datuk nenek mereka dahulu.
Pemimpin Mca dan Gerakan juga melahirkan rasa kecewa dan marah kepada pengundi cina kerana menyokong parti chauvinist Dap yang percaya dengan janji Anwar.
Kini 5 tahun akan datang mereka menanti azab yang bakal mereka terima.
Sebagai penutup propaganda pembangkang kononnya Najib lebih teruk dari Pak Lah amatlah melucukan, hanya budak tak cukup akal sahaja yang boleh percaya dengan dakwaan tersebut.