Setelah bersumpah laknat buat kali pertama di Masjid Wilayah KL, Saiful Bukhari Azlan telah membuat sumpah laknat kedua di hadapan Kaabah, Mekah.
Bapa beliau juga telah menarik balik permohonan maaf kepada Anwar Ibrahim dan keluar dari PKR.
Pendedahan bapa Saiful bahawa beliau dibayar RM3 juta menunjukkan Anwar Ibrahim memang seorang peliwat dan penipu.
Malang sekali masih ada yang lebih mempercayai seorang yang enggan bersumpah daripada seorang yang telah bersumpah dua kali termasuk di hadapan Rumah Allah.
Harakah pula menafikan sumpah kedua Saiful kononnya bukan dilakukan di hadapan kaabah sebaliknya menggunakan teknik layar hijau seperti yang sering digunakan dalam filem untuk aksi stunt.
Apa pun Saiful telah mengaku dia diliwat dan Rahimi orang kanan Anwar juga mendakwa bahawa Saiful pernah mengaku kepada beliau bahawa Saiful diliwat 14 kali oleh Anwar.
Biarlah Saiful nak bersumpah berlatar belakang skrin hijau atau tidak, jika berbohong, Saiful sedia menerima azab Allah, Anwar berani?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.