Rabu, 1 Mei 2013

YB Capik pun ular juga, sama tipu kuat!

Haiya ! Busuk punya olang, belapa luit LKS kasi sama lu?


Tengku Aziz Timbalan Pengerusi DAP yang keluar parti ditawarkan wang sejumlah RM 5 juta supaya kembali ke dalam DAP.

Akan tetapi maruah adalah lebih penting, RM 5 juta bukan sandaran Tengku Aziz untuk mengkhianat bangsa dan agama.

Kini isu Adun Along Yew Tian Hoe yang telah disingkirkan daripada menjadi calon dan menyebabkan Yew bertanding atas tiket bebas.

Yew kecewa kerana kenyataan Nga Kor Ming pada hari awal pagi penamaan calon yang meminta tauliah beliau. Nga dengan keras menyatakan, jika mahu tauliah pergi jumpa Lim Guan Eng.

Yew yang sudah siap dengan dokumen pencalonan terus mendaftar diri sebagai calon bebas.

Dalam sidang media Yew melabelkan Nga sebagai seekor ular yang kuat belit dan menipu.

Yew terus berkempen dari rumah ke rumah di kawasan Aulong bersama anak isteri dan mendapat sambutan di kalangan pengundi lama (2008).

Menyedari kekuatan Yew yang berjaya menenggelamkan calon Dap yang baru, menyebabkan Lim Kit Siang memanggil Yew atau lebih dikenali sebagai Capik ke Kuala Lumpur untuk berunding dan keputusannya Yew telah mengumumkan penarikan diri beliau sebagai calon bebas.

Apa perundingan tersebut hanya rundingan air liur sahaja? Sedangkan Tengku Aziz ditawarkan RM 5 juta. Kini suasana yang amat kritikal di Aulong bukan lagi bernilai RM 5 juta. Harap pihak SPRM dan SPR dapat menyiasat kedua-dua individu ini. Yew sebelum ini telah menceritakan beliau rugi banyak wang kerana tidak dicalonkan dan ditipu oleh Nga.

Yew juga melabelkan Nga sebagai bukan manusia tetapi sebagai seekor ular.

Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.