Jumaat, 21 Jun 2013

Kerajaan patut membina Tugu Chin Peng seperti di Indonesia


Pemerintah Indonesia telah membina sebuah tugu peringatan yang melambangkan kekejaman komunis terhadap rakyat Indonesia yang tidak berdosa. 

Di Malaysia pun diharapkan kerajaan dapat membina sebuah tugu yang berwajah Chin Peng yang membunuh orang Melayu sesuka hati sewaktu menguasai Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah.

Orang Parit Perak menggelar Chin Peng sebagai Panjang. Panjang telah berbuat baik dengan orang-orang Melayu yang kaya untuk menyertai perjuangannya. 

Panjang membawa ramai orang-orang Melayu ke dalam hutan kononnya untuk bermesyuarat tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk membunuh mereka.

Ramai orang Melayu menjadi korban Chin Peng.