Selasa, 23 Julai 2013

AZHAR IDRUS GANTI NIK AZIZ?







Nik Aziz semakin uzur dan semakin hilang glamor, kini tempat beliau akan digantikan oleh Azhar Idrus (AI- ustaz Fardu Ain YouTube).

Untuk merealisasikan tujuan tersebut, secara beransur-ansur propaganda mengangkat AI kini sedang giat dijalankan. Kini populariti AI semakin meningkat dan secara tak langsung telah menenggelamkan pemimpin Pas yang lain.

AI secara tanpa sedar telah memberhalakan dirinya seperti Najib memberhalakan 1Malaysia, (meminjam kata-kata seorang guru takmir pro Pas di Taiping tahun lalu.

Sticker AI kini boleh dibeli untuk dilekatkan pada kenderaan pengikut setia beliau. Tidak mustahil beberapa tahun lagi AI akan bergelar Mursyidul Am Pas.