Langkau ke kandungan utama

Husam Musa dilantik Pengarah PRK Supaya Tak Merajuk Lagi

Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut dilihat sebagai tindakan PAS untuk memujuk hatinya yang masih lagi tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU lalu serta terlepas jawatan dalam kabinet Kelantan.

PAS sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi terhadap kerusi Kuala Besut yang disandang oleh UMNO. Maka, tidak hairanlah parti tersebut sanggup meletakkan Husam sebagai Pengarah PRK walaupun tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Husam merupakan antara 'parasit' di dalam PAS yang disebut-sebut oleh Datuk Hassan Ali.

Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa Husam adalah orang Anwar dan membawa aspirasi Anwar. Kewujudan beliau di dalam PAS hanyalah untuk memesongkan orang-orang PAS agar menerima aspirasi Anwar. Namun kini, warna sebenar Husam telah terserlah dan beliau tidak mampu lagi menyamar sebagai pendokong perjuangan PAS sebenar.

Ini adalah antara sebab utama beliau diketepikan dari sebarang jawatan.

Husam yang kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya telah bertindak meragam bagai anak kecil. Beliau dikatakan dengan sengaja memboikot Majlis Persaraan Nik Aziz sebagai usaha 'menunjuk perasaan' akibat tidak terlantik EXCO. Malah, Husam juga dikhabarkan beberapa kali mengambil sikap 'kurang wajar' dengan mengkritik PAS secara terbuka. Beliau seolah-olah menuduh PAS menikam belakangnya.

Justeru, bagi mengelak Husam memperbesarkan masalah yang kecil, PAS mengambil keputusan melantik beliau sebagai Pengarah PRK Kuala Besut. Dengan cara ini, beliau merasakan yang beliau masih mempunyai peranan penting dan masih lagi dihargai oleh parti.

Namun, tidak pasti berapa lama taktik memujuk ini akan berjaya menenangkan Husam. Yalah, Pengarah PRK bukanlah satu tugas tetap, dan selepas PRK ini berlalu Husam akan kembali menjadi 'nobody'.

Pada waktu itu, Husam mungkin akan kembali meragam dan PAS perlu pantas mencari jalan untuk menenangkan Husam selamanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…