Jumaat, 19 Julai 2013

KREADIBILITI CALON PAS DIPERSOAL? PUNYAI 54 SAMAN TERTUNGGAK TAPI BOLEH PERBAHARUI CUKAI JALAN @KP_JPJ



Apakah yang sebenarnya berlaku dan salah siapa? Apakah ada unsur ‘rasuah’? Di manakah silapnya?

Inilah antara persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia khususnya penduduk di DUN Kuala Besut apabila mendengar kejadian yang tidak masuk akal ini. Mana tidaknya, seseorang yang mempunyai saman yang terlalu banyak sehingga 54 saman sehingga kini masih belum berbayar dan dilepaskan begitu sahaja.

Jika banyak operasi atau OPS yang dikenakan ke atas rakyat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menjelaskan saman mereka. Jika ingkar dan gagal, maka mereka yang gagal membayar saman itu akan ditangkap dan akan dikenakan hukuman. Tetapi, kenapa calon PAS DUN Kuala Besut sehingga kini masih bebas dan tidak dikenakan sebarang tindakan tegas daripada JPJ?

Lebih memburukkan lagi imej JPJ, kenapa calon PAS itu yang mempunyai saman sebanyak 54 itu dibolehkan memperbaharui cukai jalan? Jika sebelum ini mana-mana rakyat yang mempunyai saman yang banyak dan tidak dijelaskan akan dibekukan sebarang tindakan susulan termasuklah memperbaharui cukai jalan. Tetapi, dalam situasi ini calon PAS yang mempunyai rekod 54 saman yang tidak berbayar dibolehkan untuk memperbaharui saman.

Ini sesuatu yang tidak seharusnya berlaku kerana rakyat tertakluk kepada undang-undang biarpun manusia sendiri yang membuat undang-undang. Di manakah silapnya ini? Apakah ada terdapat rasuah atau orang dalam sehingga membolehkan calon PAS itu boleh memperbaharui cukai jalan? Juga, apakah pegawai JPJ terlepas pandang atau pura-pura tidak nampak?

Ini bukan ‘menyerang’ peribadi calon PAS seperti yang didakwa sesetengah pihak tetapi berdasarkan kepada realiti dan kenyataan bahawa sehingga kini calon PAS itu masih mempunyai 54 saman tertunggak yang masih belum dibayar DAN masih boleh memperbaharui cukai jalan?

Orang yang sesuai menjawab persoalan ini bukan calon PAS sebaliknya Ketua Pengarah JPJ dan JPJ Negeri Terengganu. Ini penting untuk rakyat mengetahui sebab dan puncanya. Jangan disebabkan beliau peniaga yang berjaya dan tidak mempunyai masa untuk membayar saman maka ia boleh dilepaskan begitu saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan