Ia bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP. Berikutan itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis.
Bagi menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer. Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap salin. Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula.
Dalam pemilihan semula tiga minggu kemudiannya, sesuatu yang pelik telah berlaku apabila Zairil, seorang Cina yang memakai nama Melayu telah mendapat 305 undi dan berada di tangga ke 39 dalam pemilihan awal, tiba-tiba melonjak ke tangga 20 dalam pengiraan semula dengan 803 undi iaitu peningkatan sehingga 163% berdasarkan jumlah undi 1,823. Beberapa nama lain turut mengalami perbezaan undi yang drastik dan tidak masuk akal yang mana menyebabkan ahli-ahli DAP sendiri mula mengeluh.
Malah, jumlah undi itu sendiri menjadi tandatanya kerana jumlah yang sepatutnya ialah 2,567 orang. Ke mana perginya undi-undi lain?
Permainan kotor DAP semakin jelas apabila sejurus selepas kiraan semula itu, mereka mula menonjolkan Zairil secara berlebih-lebihan dengan merujuk kepadanya sebagai ëMelayuí. Zairil diberi jawatan tinggi di dalam parti dan juga di dalam anak syarikat kerajaan negeri.
Namun, rakyat dan orang Melayu tidaklah sebodoh DAP.
Orang Melayu lebih gemar membaca sejarah politik dan cukup maklum siapa Zairil sebenarnya. Zairil adalah anak kepada pasangan Cina yang bercerai di mana ibunya kemudiannya mengahwini Tan Sri Khir Johari.
Ini menjadikan Zairil 100% Cina dan tidak ada sebab DAP harus merujuk kepadanya sebagai Melayu. Kita juga tidak lupa bagaimana ibu Zairil pernah mengejutkan Malaysia suatu ketika dahulu dengan menuntut harta pusaka arwah bekas isteri Tan Sri Khir.
Dengan sikap ibunya yang sedemikian, tidak hairanlah Zairil menggunakan nama bapa tirinya bagi mendapat keistimewaan sebagai anak pejuang UMNO. Dan kini, atas nama bapa tirinya juga Zairil menyertai DAP yang memusuhi UMNO.
Percubaan DAP untuk memperlihatkan parti itu sebagai tidak rasis, nampaknya memakan diri. Sebaliknya, terbukti sudah bahawa DAP adalah rasis kronik sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu untuk mewakili Melayu, tetapi meletakkan seorang Cina bagi mewakili Melayu!
DAP juga terbukti sebagai tidak telus, kalaupun tidak bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang tidak sampai pun 2,000.
Berikutan itu, beberapa aduan telah dibuat kepada ROS oleh ahli-ahli DAP sendiri. Dari situ juga, seramai 753 ahli yang layak memilih turut tampil mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima notis untuk pemilihan.
Berdasarkan fakta ini, kita tidak faham kenapa ROS mengambil masa begitu lama untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Ini bukan kes yang melibatkan bukti forensik tetapi semuanya berkisar mengenai angka dan angka tidak akan menipu.
Justeru, adalah tidak wajar bagi ROS untuk mengambil masa begitu lama untuk menyelesaikannya.
Rakyat sudah bosan dengan segala aduan dan siasatan tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa. Takkanlah ROS juga sama saja?
Pena Utara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.