Sabtu, 17 Ogos 2013

Hina Agama : Sikap Talam Dua Muka Pemimpin Pas.

Memang Sial ..puak~puak PaS.
TALAM DUA MUKA
Umum mengetahui, sejak kebelakangan ini isu penghinaan oleh segelintir mereka yang biadab kepada agama Islam semakin menjadi-jadi. Malah perkembangan tidak sihat itu juga, di lihat sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat khususnya orang Melayu.



Namun apa yang menyedihkan, bila mana ada di kalangan pemimpin pakatan pembangkang cuba menyalahkan sesetengah pihak yang disifatkan sengaja ingin mensensasikan isu. Ia berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli Jawatan kuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Dia menyifatkan semua isu yang dibangkitkan itu sengaja di besar-besarkan ekoran sokongan masyarakat bukan Islam kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu. Tidak cukup dengan itu, dia turut mengatakan ia adalah merupakan kes-kes terpencil dan sepatutnya diselesaikan di kalangan mereka.

“Terdapat satu agenda untuk mewujudkan ketakutan dan kebencian di kalangan bukan Islam dan bukan Melayu” katanya melalui laporan yang dikeluarkan oleh salah sebuah portal pembangkang petang tadi.

Namun persoalan yang timbul ialah, apakah Mujahid merasakan isu-isu penghinaan agama ini sepatutnya di senyapkan dari pengetahuan umum? Apakah dia mengharapkan agar media tidak lagi memainkan peranan yang sewajarnya untuk melaporkan sesuatu perkara yang berlaku?

Nampak sangat, pemimpin Pas ini begitu takut dengan bayang-bayang sendiri. Apabila terdapat sebarang isu yang boleh mengaitkan pakatan pembangkang, mereka mengharapkan agar laporan tersebut ‘dihilangkan’. Namun sekiranya ia berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional, mereka bebas menggunakannya isu tersebut demi survival dan kepentingan politik mereka.

Apa yang menghairankan ialah Mujahid langsung tidak membangkitkan isu ini ketika pakatan pembangkang begitu ghairah menyerang bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ketika kempen pilihan raya umum yang lalu. Mereka sebelum ini hampir saban hari mengecam Zulkifli yang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang menghina masyarakat India.

Walaupun Zulkifli telah membuat permohonan maaf, sambil menjelaskan kenyataan yang dibuat pada 10 tahun yang lalu itu dibuat ketika beliau berada dalam parti Pas, namun ia langsung tidak diendahkan. Ibarat mendapat ‘durian runtuh’ mereka menyerang dan memberikan publisiti yang meluas berhubung isu tersebut sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat India.

Sedangkan, sebagai seorang pemimpin yang kononnya mewakili parti yang memperjuangkan Islam, Mujahid seharusnya bertegas dan meminta semua umat Islam dan Melayu di negara ini agar bersatu dan menolak perbezaan politik dalam usaha menangkis sebarang bentuk penghinaan terhadap kesucian agama Islam yang dilakukan oleh pihak tertentu.

Ini kerana umat Islam di negara ini tidak lagi boleh hanya bergantung kepada orang lain untuk menegak serta membela kesucian agama Islam, sebaliknya tanggung jawab itu perlu diletakkan di bahu setiap orang Islam.

Kesimpulannya, Mujahid seharusnya berhenti bermain politik, dia perlu mengetepikan perbezaan ideologi seketika kerana umat Islam di negara ini perlu bersatu ketika berdepan suasana seperti itu dan sebarang tindakan sepatutnya menjurus kepada matlamat memartabatkan kesucian Islam secara bersama.