Jumaat, 2 Ogos 2013

Misbahul Munir Masduki, membayar kos RM70 ribu?



BN mengekalkan kemenangan DUN Rungkup selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini pagi ini menolak petisyen dikemukakan calon PAS.

Hakim Umi Kalthum Abdul Majid yang membuat keputusan itu turut mengarahkan pempetisyen, Misbahul Munir Masduki, membayar kos RM70,000 iaitu RM35,000 masing-masing kepada responden pertama, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, Shahrul Zaman yang mewakili BN menewaskan Misbahul dengan majoriti 613 undi.