Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Emas) adalah sebahagian dari wilayah Melayu Nusantara yang juga dikenali sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu. Ia meliputi Pulau Jawa, Pulau Sumatera, kepulauan Maluku, Ambun, Sulawesi , pulau Madura, Kepulauan Borneo dan lain-lain .
Jadi bila orang Jawa atau Bugis atau Banjar, Riau atau Minagkabau atau Acheh menjejakkan kakinya ke Tanah Melayu mereka masih berada di wilayah Gugusan Pulau-Pulau Melayunya, sebagaimana orang Kelantan, Terengganu, Johor Melaka, Kedah, Perlis Pulau Pinang, Sabah Sarawak berhijrah atau berada di Kuala Lumpur.
Mereka masih di wilayah tanah Melayunya. Terpisahnya atau terjadinya sempadan politik antara Semenanjung Tanah Melayu dan negara-negara di pesisir selatan benua Asia termasuk Indonesia adalah kerana percaturan dan permainan penjajah dari Eropah: Inggeris , Belanda, Portugis, Perancis termasuk juga Sepanyol.
Inggeris lah yang membekalkan kuli-kuli untuk berkerja di Lombong dari Tanah Besar China, yang dimanfaatkan dari rentetan Perang Candu di Canton dan juga peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh Jepun di Nanjing. Sama juga buruh untuk pekerja ladang yang diangkut oleh Inggeris dari India ke Tanah Melayu.
Inggeris lah yang menjadi pedagang tenaga kerja dan membekalkannnya kepada Belanda di Indonesia, Selain itu tidak mustahil ada yang datang secara persendirian atau berkumpulan kerana faktor sebagaimana disebutkan di atas itu.
Maka itu baca dan fahami lah sejarah, untuk mengerti makna kedaulatan bangsa dan negara. Apabila orang dari Eropah berebut menguasai negara-negara di Gugusan Pulau-Pulau Melayu, bahkan mereka juga menggelar kan Semenanjung Tanah Melayu sebagai Semenanjung Emas, pasti ada rahsia besar di sebalik itu.
Jadi apabila ada orang yang memperkatakan hak kedaulatan bangsa Melayu terhadap Tanah Melayunya racistkah manusia itu. Ketika Sukarno memperolehi kemerdekaan dari Belanda, berapa ramai orang Cina yang dihantar pulang ke negara asalnya.
Tetapi ada pilihan lain sekiranya ingin tetap kekal di Indonesia mereka mesti (istilah Indonesianya HARUS) menjadi Indonesia dengan nilai-nilai Indonesia termasuklah budi pekerti, pertuturan, adab sopan dan sebagainya.
Bahkan mesti memahami dan mengenali makna Pancasila (rukun negara). Nama masing-masing juga turut ditukar menjadi nama Indonesia. Mereka tidak diganggu gugat untuk terus memiliki harta dan kekayaan yang digali dari negara tersebut.
Soalnya mereka mesti mematuhi peraturan dan tata cara kehidupan orang Indonesia. Apakah itu racist? Maka itu jangan terperanjat kalau ke Jogja, Solo , Semarang anda melihat orang Cina bertutur Jawa dalam bahasa halus (kromo).
Ini menyamai bagaimana orang Cina 'menjadi Kelantan' di negeri Kelantan. Apakah itu Racist? Pernah suatu ketika seorang wakil Indonesia Prof Budi Dharma (Cina Indonesia) terperanjat apabila saya menegur dan menyapanya dengan bahasa kromo sewaktu Pertemuan penyair/ penulis di Pangkor 3 tahun lalu.
Dia seperti tidak percaya ada orang Melayu (Malaysia) boleh bertutur bahasa kromo (bahasa 'halus' Jawa). Sejak itu hubungan kami menjadi lebih akrab.
Faktor utama yang mengakrabkan kami ialah budi pekerti selain pertuturan dan keikhlasan walau pun masing-masing berlainan bangsa dan anutan agamanya.
Bukan hanya Prof Budi Dharma, tapi ada ramai lagi penulis dan aktivis teater di Indonesia (Cina / Indonesia) menjadi akrab kerana persefahaman rasa keindahan terhadap bahasa, budi pekerti, adab sopan dan cara pertuturan.
Syukur kepada Ilahi nilai itulah yang saya warisi dari kedua ibu bapa dan juga pengasuh saya ketika zaman kanak-kanak dahulu.
Dalam hubungan berkaitan racistkah saya bila saya memperkatakan hubungan Melayu dengan Tanah kedaulatannya, di samping kebarangkalian adanya anasir halus di luar lingkungan Melayu bergerak melaga-lagakan sesama Melayu untuk memudahkan agenda besarnya (menunjangi kedaulatan negara ini) akan mencapai matlamatnya ?
Memang secara umumnya semua manusia sama sahaja. Masing-masing jasadnya berasal dari tanah dan akan kembali menjadi tanah. tapi dalam keadaan tertentu kenapa dituntut DNA untuk menentukan asal keturunan dan bangsa manusianya?
Maka pernyataan Allah sebagaimana terkandung dalam Al Quran "Kami menjadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kenal mengenali antara satu sama lain..." adalah merujuk kepada makna berbangsa dan bernegara selain agama yang menyantuni atau mendamaikan sekiranya berlaku sebarang pergeseran antara mereka.
Hanya mereka yang angkuh dan tidak memahami kebenaran dan kehalusan agamanya sanggup dan berani mencaci, mencemuh, mengherdik, memperkecil dan memperlekeh dengan kata nista terhadap sesama saudara sebangsa dan seagamanya