Sabtu, 21 September 2013

Pemilihan Umno Bahagian Taiping

Ketua Umno Bahagian Taiping Dato Shalimin akan ditentang oleh bekas ketua pemuda 1993 Dr Said Abu Fazal

Dr Said Abu Fasal kemudian pernah bertanding Tiimbalan Ketua Bahagian dan dua kali tewas. Kemudian beliau menghilangkan diri ke Kuala Lumpur.

Sebulan yang lalu, TM merisik khabar dan maklumat diperolehi ialah Dr Said tidak lagi berminat dalam politik selepas menyertai kumpulan tabligh.

Tiba-tiba pada saat akhir angin kencang bertiup menyatakan beliau akan bertanding melawan Ketua Bahagian.

Dengan pertandingan ini bermakna sejarah pemilihan Umno 1993 berulang sekali lagi.

1993 Dr Said Abu Fasal bertanding jawatan Ketua Pemuda Taiping dan menang, begitu juga Dato Said Hussin bertanding Ketua Pemuda Umno Bukit Gantang dan menang.

Kali ini dua tokoh ini muncul lagi untuk jawatan yang lebih tinggi iaitu Ketua Bahagian.

Jawatan timbalan ketua bahagian pula Saudara Ton Zailani ditentang oleh bekas ahli Pas seumur hidup Saudara Hj Shaiful Johari.

Kerusi Naib ketua bahagian pula ditandingi oleh YB Zahir, Mohd Nor Osman dan Saiful Hizam.

Ketua wanita Datin Yatimah ditentang oleh Puan Sharifah Jaafar pegawai Jasa.

Sementara Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda menang tanpa pertandingan.

Ketua Pemuda Umno Taiping ialah Saudara Sharil Shafie adik Ketua Bahagian dan Naib Ketua Pemuda ialah Saudara Fendy Dato Zailani.

Fendy sebelum ini disebut-sebut akan bertanding Ketua Pemuda tetapi akhirnya memberi laluan kepada yang lebih muda.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 ulasan:

  1. Elok sangat ada pertandingan.kerana taiping hari ini sudah
    Hampir tergadai.macam macam uncle sudah merisik khabar.
    Selamatkan taiping.

    BalasPadam
  2. Selamatkan taiping dari ketua sekarang.

    BalasPadam
  3. dr said our saviour...

    BalasPadam