Penulis baru sahaja 'terserempak' dengan sebuah rakaman youtube program 3R yang memaparkan temubual eksklusif dengan pemimpin pembangkang, Nurul Izzah Anwar. Seperti yang kita tahu, apabila seseorang ahli politik dijemput ke program televisyen - biar apa pun programnya dan topik perbincangannya, ia secara automatik memberi publisiti atau keuntungan politik kepadanya.
Apatah lagi apabila program itu merupakan temubual santai lagi mesra dengan pengacara memuji dan menyanjungnya, maka semakin tinggilah 'saham' ahli politik tersebut. Dan inilah yang berlaku dalam program 3R itu di mana pengacara menjulang dan memuji-muji Nurul Izzah, termasuklah ibunya, Wan Azizah, sebagai tokoh yang dipandang tinggi oleh 'rakyat Malaysia'.
Tidak kira apa alasan penerbit program ini, objektifnya adalah jelas iaitu untuk memberi publisiti kepada pemimpin pembangkang dan parti pembangkang sekali gus.
Mungkin ada yang ingin berhujah bahawa tindakan TV3 adalah wajar bagi menepati prinsip keterbukaan dan kebebasan media. Namun, inilah diingatkan bahawa TV3 adalah media arus perdana dan bertanggungjawab membawa aspirasi kerajaan. Oleh itu, TV3 tidak boleh sewenang-wenang memberi ruang publisiti kepada pihak yang menentang kerajaan.
Alasan kebebasan dan keterbukaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mana mungkin media yang menjadi lidah kerajaan mempromosi kehebatan musuh? Contohnya, apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin menceroboh negara sebagai baik, atas alasan kebebasan dan keterbukaan? Tentu saja ini tidak boleh diterima sama sekali.
Kegagalan TV3 untuk memikul tanggungjawab sebagai media arus perdana membuktikan sikap tidak professional, kalau pun bukan pengkhianatan, stesyen televisyen itu.
Dengan itu, kita ingin bertanya, apakah prosedur untuk menjemput dan meluluskan satu-satu personaliti untuk muncul dalam mana-mana program di dalam TV3? Apakah tiada pemantauan? Apakah seseorang Penerbit diberi kebebasan penuh untuk menjemput siapa saja mengikut suka hatinya termasuk personaliti yang mampu membawa kontroversi?
Setakat ini penulis tidak pasti sama ada rakaman tersebut telah tersiar di televisyen, tetapi hakikat bahawa ia telah tersebar di youtube sudah cukup untuk kita mempersoalkan niat dan prinsip TV3.
Tidak mungkin TV3 melakukannya atas dasar 'naif'. Jika benar naïf dan jujur, kenapa tidak diberi ruang terlebih dahulu kepada Datin Seri Rosmah untuk mempertahankan dirinya di sebalik segala fitnah pembangkang? Kenapa mesti diberi ruang kepada anak seorang peliwat yang saban hari memburukkan Malaysia kepada dunia luar? Apakah pemimpin begini dianggap contoh yang baik kepada anak muda Malaysia?
Jangan lupa bahawa bapa Nurul Izzah telah pun disabitkan kesalahan dan hanya dibebaskan atas dasar teknikal dan bukan kerana tidak bersalah. Justeru, Nurul Izzah adalah seorang penipu dengan mempertahankan bahawa bapanya sebagai tidak bersalah.
Lebih dari itu, boleh dikatakakan seluruh keluarga Nurul Izzah kerjanya adalah memburukkan dan cuba menghuru-harakan negara. Nurul Izzah sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bodoh seperti menyangka pasukan Cawangan Khas hanya bertanggungjawab mencari orang hilang serta tidak tahu menahu sejarah dan susunatur pasukan keselamatan negara.
Walaupun berpenampilan bertudung, Nurul Izzah juga yang meletakkan murtad sebagai hak asasi. Dan bukan rahsia lagi bahawa Nurul Izzah turut 'mesra' dengan idea-idea mengenai hak LGBT berdasarkan penglibatan partinya dan juga 'rangkaian-rangkaian' agen mereka yang berselindung di bawah nama NGO bagi hak asasi.
Sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah telah gagal. Beliau tidak pernah dikenali kerana jasanya di kawasannya. Malah, beliau lebih banyak merupakan 'masalah' dan bukan penyelesai masalah rakyat, sepertimana yang berlaku dalam kes rumah pangsa di Kampung Kerinchi.
Oleh itu, jika pemimpin beginilah yang dianggap contoh oleh 3R, maka janganlah kita terkejut jika anak-anak muda hari ini tidak lagi patriotik, bermasalah moral serta hipokrit.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.