Khamis, 5 September 2013

TINDAKAN BIADAB OLEH PEMANDU LORI, MACAM NI PUN NAK BERLEMBUT LAGI?






Kenderaan SPAD terkepung selepas pemilik dan pemandu lori berkumpul membantah tindakan agensi itu.


Penggunaan kenderaan tanpa logo oleh anggota Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam operasi membabitkan kenderaan berat terus dipersoal pemilik dan pemandu lori.

Ia mengundang rasa tidak puas hati dengan tindakan anggota SPAD, lalu kira-kira 100 pemandu mengadakan bantahan secara aman di hadapan sebuah stesen minyak bersama lebih 30 lori dikumpulkan di Gebeng  Pahang semalam.

Mereka juga turut bersikap kurang ajar dengan mengepung tiga kenderaan SPAD. Hanya dengan bantuan polis sahaja baru dapat melepaskan kenderaan SPAD tersebut.

Ini lah sikap puak-puak pembangkang terutama DAP yang banyak terlibat dengan perniagaan lori. Perkara ini pernah berlaku di RR Tapah tahun lalu kerana pengusaha lori membantah tindakan kerajaan Perak yang melarang lori 60 tan daripada mengangkut pasir keluar dari Perak ke Selangor.