Ahad, 3 November 2013

Kejadian Kakitangan JASA kena pukul - Kejadian Kakitangan JASAdi pukul

FAKTA KES.
Tarikh/masa : 2/11/13 jam l/krg 2030, tempat Kg Tualang Bukit Besar. Ketika kejadian ZAHIROL - petugas JASA dari SIK sedang membuat lawatan/tinjauan penugasan seperti biasa. Ketika melalui jalan Kg Tualang dibawah PDM Bukit Besar dengan motosikal seorang diri, beliau telah diserang oleh dua orang yang menunggang motosikal yang datang dari arah belakang. Pembonceng motosikal itu telah memukul mangsa dibahagian belakang dipercayai mengunakan rotan. Akibat dari pukulan itu mangsa hampir terjatuh dari motosikal.Mangsa mengalami kesakitan dan kesan jalur akibat dipukul dibahagian belakang badan. Mangsa telah mendapat rawatan dihospital dan satu laporan polis akan dibuat.
Kejadian tersebut dipercayai akibat salah faham iaitu tersilap orang. Dipercayai sasaran suspek adalah salah seorang petugas UMNO dari Kuala Lumpur yang dikatakan blogger UMNO Malaysia. Sasaran sebelum ini dikatakan telah beberapa kali menyuruh petugas UMNO tempatan menurunkan bena yang dipasang oleh pemuda PAS tempatan. Sasaran juga dikatakan telah beberapa kali terlepas cakap berkiatan cara berkempen oleh pihak PAS serta mengutuk PAS tanpa mengenali orang disekelilingnya samada penyokong UMNO atau PAS. Percakapan itu bukan sahaja dilakukan di PDM Bukit Choras tetapi juga dibeberapa PDM lain termasuk PDM Bukit Besar. Perbuatan sasaran dipercayai telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan ahli/penyokong PAS tempatan dan disebabkan itu kejadian pukul curi tersebut berlaku.
Mangsa yang berbadan tinggi dan besar dikatakan menyerupai bentuk tubuh Sasaran.
Mangsa pukul dikatakan tidak dapat mengecam suspek mahupun motosikal yang digunakan.

KEJADIAN Peg JASA d pukul utk peringatan dn berjaga2. Sasaran PAS adalah Blogger Pro UMNO