Selasa, 17 Disember 2013

Cakap tak serupa bikin, LGE bagi Projek TANPA tender terbuka

Isu 'tender terbuka' merupakan peluru utama DAP untuk menyerang kerajaan BN.  Di mana-mana sahaja DAP sering mencanangkan bagaimana parti itu mengamalkan tender terbuka untuk sebarang projek bagi mengurangkan kos dan memastikan ketelusan pentadbiran.
 
Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa berbohong bukanlah perkara asing bagi DAP.  Jika tidak, takkanlah Setiausaha Agungnya digelar 'berlidah biawak'.  
 
Baru-baru ini DAP telah terbukti berbohong lagi buat kesekian kalinya dalam projek menaiktaraf longkang dan membendung banjir di Pulau Pinang.  Projek tersebut ternyata telah dianugerahkan kepada syarikat S.P Mega melalui rundingan terus tanpa melalui proses tender terbuka.   Perkara itu diakui sendiri oleh Lim Hock Seng, Exco Pulau Pinang apabila ia terdedah di internet. 
 
Alasan Lim ialah rundingan terus telah membantu mengurangkan kos kerana syarikat berkenaan berjanji untuk 'membantu' kerajaan negeri. 
 
Persoalannya, bukankah DAP juga yang menyatakan bahawa tender terbuka mampu mengurangkan kos?  Kenapa pula ada pengecualian atau 'double standard' apabila yang terlibat ialah DAP dan bukan BN? 
 
Kerajaan negeri menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh MPSP sedangkan terdapat Minit Mesyuarat Sulit yang mencatatkan ia sebagai arahan terus dari Ketua Menteri untuk menganugerahkan projek tersebut kepada S.P Mega tanpa melalui tender terbuka. 
 
Lebih menarik lagi, S.P Mega meletakkan kos sebanyak RM6,913,896.60 walaupun kos yang diumumkan oleh Exco ialah RM6,947,120 iaitu perbezaan sebanyak RM33,223.40.   Jika itu belum cukup membingungkan maka kita pasti bingung membaca Minit Mesyuarat awal yang menyatakan bahawa projek tersebut dicadangkan dianugerahkan kepada syarikat Suchen Sdn Bhd dari Selangor.  
 
Lim Hock Seng memberi alassan bahawa syarikat Suchen didapati tidak layak selain bukan merupakan syarikat tempatan yang mana menyebabkan Exco mencadangkan S.P Mega. 
 
Bagaimanapun, pihak MPSP pula menyatakan bahawa Minit Mesyuarat telah tersalah catat kerana Lim Hock Seng ataupun Lim Guan Eng langsung tidak menyebut nama S.P Mega untuk projek tersebut.
 
Nampaknya, 'salah taip', 'salah catat', 'salah kira' sudah menjadi sinonim dalam pentadbiran DAP.  Setiap tindakan parti itu yang meragukan semuanya akan dijawab dengan alasan 'tersilap' atau 'tersalah', yakni tidak sengaja.  
 
Jika asyik tersilap atau tersalah, di manakah 'Cekap' yang dilaungkan? 
 
Jika tidak melalui tender terbuka, di manakah 'Telus' yang dicanangkan? 
 
Jika terdapat perbezaan harga yang meragukan, di manakah 'Amanah' yang dibangga-banggakan? 
 
Pesan kita pada DAP, cukup-cukuplah berbohong.  Sesungguhnya, hipokrasi DAP sudah sampai ke tahap meloyakan. 
 
Dari apa yang dapat kita lihat di Pulau Pinang, kita pasti DAP tidak akan mampu memerintah dengan adil.   Parti yang tidak cekap, tidak telus dan tidak amanah tidak mungkin dapat menjadi pemerintah yang baik.     


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan