Khamis, 5 Disember 2013

Naik Gaji Adun : Khalid Kena Bedal Lagi

Seperti yang telah dijangkakan. keputusan kerajaan negeri meluluskan kenaikkan mendadak gaji dan elaun bulanan untuksemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor yang berkuatkuasapada 1 Januari 2013 ini mendapat tentangan yang hebat daripel bagai lapisan masyarakat.



Ekoran daripada rungutan itu juga, pimpinan pakatan pembangkang akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataanu ntuk turut sama mengkritik tindakan yang melampaui batas itu.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri khususnya Khalid perlu mengambil kira teguran daripada rakyat.



"Kita setuju (kenaikangaji)... jumlah ini (kadar kenaikan gaji itu) boleh dikurangkan sebelum dilaksanakan," katanya.



Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Rabu lepas, Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji antara 87 hingga 373 peratus membabitkan menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun Selangor berkuatkuasa 1 Januariini.



Sebelum ini, bagi meredakan kritikkan terhadap Khalid, Anwar mengarah kan semuaAdun PKR di Selangor menderma antara RM1,000 atau sehingga 20 peratus daripada gaji barum ereka untuk membantu pelajar miskin.



Ini kerana Anwar berkata walaupun Khalid telah memberi penjelasan kenapa kadar kenaikan gaji wakil rakyat negeri itu begitu tinggi, PKR tetap mengambil tindakan susulan mendesak ia di kaji semula.



Selain daripada itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk HarunTaib berpendapat, kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar Selangor serta anggota pentadbiran negeri itu dibuat seolah-olah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Beliau berkata, kenaikan itu memberi gambaran bahawa kerajaan negeri berkenaan memiliki kekayaan sehingga mampu membayar gaji serta elaun dengan kenaikan berlipat kali ganda.


"Tak salah kalau dia banyak duit, nak act (menunjuk-nunjuk) lah tu. Mungkin dia dapat dari bajet surplus negeri Selangor 2014, jadi biarlah dia," katanya ketika dihubungi.



Pengerusi Jawatan kuasa Tetap KerajaanTempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, DatukTeng Chang Khim sebelum ini mencadangkan agar mana-mana Adun yang tidak berpuas hati dengan kenaikkan itu agar menandatangani surat perakuan untuk menyerahan lebihan gaji mereka untuk tujuan kebajikan.



"Ketika usul kenaikan gaji dan elaun itu dibentangkan juga semua pihak (waki rakyat)  bersetuju, sekarang mereka kata tidak munasabah pula. Kalau rasa kenaikan itu tidak munasabah, jangan ambil  (lebihan kenaikan gaji dan elaun) itu," jelasnya.



Malah setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin sebelum ini turut mempertahankan tindakan bosnya dengan melabelkan Azmin sebagai SARKAS.



Namun apa yang pasti, tindakan pimpinan pembangkang menghentam Khalid hanyalah satu drama samata-mata. Ini kerana seperti kata Chang Khim, ketika usul itu dibacakan semua Adun yang hadir telah bersetuju dengan cadangan tersebut.



Sedangkan sekiranya benar mereka ingin menjaga dan memikirkan kebajikan rakyat usul ini tidak sepatutnya diluluskan. Atau setidak-tidaknya ada segelintir di kalangan mereka bangun untuk membantah dan meminta agar kadar yang diberikan itu dikaji semula.



Kepada para pemimpin pembangkang, berhentilah berlakon dengan sandiwara murahan ini. Sampai bila rakyat Selangor perlu dibodoh-bodohkan???