Ahad, 10 Ogos 2014

Konflik MB Selangor, Menang jadi arang, kalah jadi abu.





Sivarasa ahli parlimen Subang dengan selamba badak menyatakan Khalid perlu letak jawatan kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Adun Selangor.

Kedudukan kerusi pakatan ialah 15  Pas, 15 Dap dan 13 Pkr. manakala BN hanya 12 dan kini Khalid berada di kerusi bebas.

Khalid masih yakin beliau akan mendapat 36 sokongan jika undi tidak percaya dalam dewan DUN, siapa yang masih menyokong Khalid? Jawapannya masih samar-samar.  Sehingga kini belum ada seorang pun adun Pkr yang mengisytiharkan keluar parti dan menyokong Khalid.

Oleh itu Anwar dan konco-konconya yakin bahawa Khalid akan tersingkir dengan sendirinya. Pas masih mengunci mulut dan tidak akan bertindak membabi buta. Ini kerana Pas dalam diam mempunyai hasrat untuk menguasai kerajaan Selangor. Oleh itu Pas mungkin akan memujuk adun BN untuk menyokong Khalid dan dengan syarat Khalid menyertai Pas terlebih dahulu.

Apakah adun BN akan menyokong Khalid? Jawapannya juga samar-samar kerana BN tidak akan campur tangan dalam kemelut politik pakatan haram.

Jika 12 Adun BN bersikap berkecuali, maka Khalid pasti tumbang dalam undi tidak percaya jika dibuat dalam dewan yang mulia.

Di sini Khalid akan mengambil jalan mudah dengan memohon membubarkan dun tetapi sebelum Khalid mengadap Sultan beliau perlu merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan raya terlebih dahulu bagi memastikan adakah pilihan raya negeri boleh atau tidak diadakan semula.

Jika PRN boleh diadakan maka huru hara lah jadinya politik Selangor kerana Pas, Dap dan Pkr tidak lagi akan bekerjasama dan masing-masing akan membawa haluan dan hala tuju masing-masing.

Khalid sudah tentu akan bertanding sebagai calon bebas atau bertanding atas tikit Pas.  Dap awal-awal lagi sudah mencanangkan bahawa Pas akan kalah besar jika diadakan PRN. Manakala Dap juga harus sedar mereka menang di Selangor pun adalah kerana sokongan padu pengundi Pas.

Pkr sebenarnya lemah dan tiada kekuatan di Selangor, Pkr ibarat sebuah kapal yang mempunyai ramai nakhoda tetapi tidak anak kapal. anak kapal adalah macai-macai Pas sahaja. begitu juga Dap yang mempunyai ramai komrad tetapi mengharapkan macai Pas untuk membantu kemenangan mereka.

Sivara pula dalam sidang media kelmarin menyatakan bahawa Khalid hilang majoriti tetapi ia hanyalah hujah yang lemah dan tidak mempunyai fakta yang kukuh. Sivarasa seolah-olah cuba membandingkan isu peralihan kuasa di Perak pada tahun 2009 lalu.

Di Perak 3 adun pakatan (2 dari Pkr dan 1 dar Dap) keluar parti dan mengisytiharkan mereka adalah calon bebas dan secara otomatik pakatan hilang majoriti dan semua wakil rakyat BN dan 3 Adun yang menjadi bebas di panggil mengadap Sultan Perak. Setelah berpuas hati maka peralihan kuasa berlaku tanpa mengadakan pilihan raya negeri.

Apakah Sultan Selangor akan memanggil mengadap kesemua adun Pas, Pkr dan Dap?

Jika Sultan bertindak sedemikian rupa kemungkinan besar keputusan siapa yang menyokong Khalid dan siapa menentang akan diketahui, tetapi kemungkinan besar Sultan akan menitah supaya diadakan satu persidangan khas untuk menentukan nasib dan kedudukan Khalid.

TM yakin adun BN akan  bersikap berkecuali dan tidak akan mengundi.  Jika adun BN menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar ia merupakan satu kesilapan besar.

BN tidak perlu campur tangan dalam konflik ini. Biarlah mereka bertelagah sesama sendiri. bak kata pepatah melayu, " kalah jadi abu, menang jadi arang" .

Selangor akan tetap rosak jika Khalid atau Azizah menjadi MB, biarlah negeri ini rosak kerana diperintah oleh pakatan rosak.

1 ulasan:

  1. Kejap....kejap. Wakil rakyat apa kalau fungsinya berkecuali? Wakil rakyat bn berfungsi menstabilkan kekecohan perang nk jd mb. Kalaupun bukan majoriti dan setakat 12 kerusi, adun bn ada fungsi besar terhadap rakyat selangor. Mana tau khalid nk tubuh kerajaan campuran bebas + pas + bn. Tunggu, lihat dan bertindak. Jgn jd pokok kering tak ada buah....

    BalasPadam