Selasa, 2 September 2014

Semangat Kemerdekatan





Razali Hashim 45 tahun seorang pegawai keselamatan dari Pulau Pinang telah datang ke Taiping bersama beberapa orang rakannya khas untuk menyambut Hari Kebangsaan di Taiping Bandar Warisan.

Beliau telah menjadi tumpuan pengunjung Taman Tasik Taiping dan sekitar Zoo Taiping untuk bergambar bersama beliau.

Kereta Proton Gen 2 dipenuhi dengan Jalur Gemilang. Kebetulan pada waktu itu Zoo Taiping sedang mengadakan Program Deklamasi Sajak Kemerdekaan dan meraikan Konvoi Perak Aman Jaya dari Pemuda Umno Perak.

1 ulasan:

  1. Tapi sayang seribu kali sayang baka patriotik seperti ini sudah menjadi sangat rare dan hampir pupus di Malaysia ini.Kalau di kl dan selangor(mungkin juga tempat2 lain)hendak melihat kenderaan yang mengibarkan jalur gemilang sangat2 sukar sekali.Bukan tak ada langsung,dalam 1000 kereta adalah sebiji yang kibar bendera.Premis2 perniagaan yg letak bendera pun suam2 kuku aje aku tengok.Berbeza betul dengan 10 tahun dulu.Mungkin diorang ni semua pendatanglah kot,bukan rakyat Malaysia.

    Nak cari hypermarket yang jual bendera kereta(car flag)pun susah kecuali di hypermarket mydin.Harga pun jauh beza.Misalnya kalau di giant harga car flag dijual sekitar rm4 ke rm5 tapi di mydin cuma 90sen.

    Aku tak tahu apa penyakit rakyat Malaysia sekarang ni.Ya aku tahu mungkin ramai kalau ditanya kenapa tak pasang bendera,mesti diorang akan jawab nak tunjuk semangat patriotik tak semestinya dengan bendera.Jadi aku nak tanyalah juga,kalau dengan cara yg semudah itu pun kau tak boleh buat tak boleh tunjuk,dengan cara apa lagi yg kau mampu buat?Pergi perang?Memang mampos haram tak akan beranilah kan..

    BalasPadam