Ahad, 29 Mei 2016

#PRKKUALAKANGSAR: Suasana masih dingin


Suasana PRK Kuala Kangsar masih sejuk, namun hari ini YB Khairi Jamaluddin menteri belia dan sukan telah menghangatkan pagi ini dengan program Fit Malaysia.  Puluhan ribu anak muda telah menyertai larian 5km/10km, berbasikal sejauh 10km/30km dan senaman robik

Buat masa ini belum ada bunyi siapakah calon PAN, atau lain-lain  yang akan bertanding. Calon BN  dan PAS sudah diketahui umum.

Calon Pas iaitu Dr Najihatussalehah bukan lah muka baru dalam Pas Perak, beliau adalah Ketua Muslimat Pas yang pernah bertanding dalam  pilihanraya umum ke 13. 

Beliau bertanding  mewakili Pas di N38 Belanja menentang calon Umno iaitu YB Dato Nizar Zakaria. Beliau mendapat 4,728 undi dan Nizar 7,691 undi. BN menang dengan majoriti 2963.

Dr Najihatussalehah terus disandarkan kepercayaan oleh Pas untuk cubaan seterusnya. Walaupun beliau bukan  anak tempatan,  tetapi pencalonannya telah menutup cerita  ura-ura bahawa orang kuat Pas Kuala Kangsar iaitu  Dr Raja Iskandar Al-Hiss bakal memikul tugas Pas.

Dr Najihatussalehah yang kalah di Dun Belanja dikatakan tidak mesra dan tidak dikenali oleh pengundi.

Pilihanraya umum ke13 yang lalu P67 Kuala Kangsar, Pas meletakkan bekas guru Drs  Dato Khalil Idham Lim yg juga bekas ADUN N08 Titik Serong (2008-2013).

Idham Lim tewas kepada Allahyarham  Wan Muhammad Khair-il dengan perbezaan 1,082 undi. Hari ini Idham  masih kekal bersama Pas manakala ramai yang telah menyertai  PAN .

PRK  Kuala Kangsar kali ini diharapkan menjadi satu pilihanraya  yang bersih daripada perbuatan dan perkataan fitnah dan hasutan.

Pun begitu belum apa apa lagi sudah ada pihak yang sudah mula menghentam Umno kononnya gila kerana meletakkan  isteri kepada Wan Mohammad Khair-il sebagai calon.