Selasa, 31 Mei 2016

Should we have zoos?

Should we have zoos?

Itu lah persoalannya sekarang dan mengikut kajian sebuah portal ORG, hanya 46 peratus bersetuju kewujudan zoo dan selebihnya atau 54 peratus menolak.

Baru-baru ini kisah sedih berlaku di Cincinnati Zoo Ohio dimana seekor gorilla bernama Harambe telah dibunuh oleh pihak zoo untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang jatuh ke dalam kandang haiwan tersebut. Zoo tersebut adalah zoo yang kedua tertua di Amerika selepas Zoo Philadephia. Pihak zoo di kecam hebat oleh pencinta haiwan atas kejadian tersebut.


Di Malaysia juga terdapat beberapa buah zoo yang terkenal. Zoo yang pertama ialah Zoo Taiping yang dibuka pada tahun 1961 dan zoo yang kedua ialah Zoo Negara yang dibuka pada 1964.

Zoo Taiping dibina dengan keluasan 34 ekar atau 14 hektar. Ia mempunyai 1300 pelbagai jenis haiwan daripada 180 spesis. Manakala Zoo Negara pula mempunyai keluasan 110 ekar dan mempunyai 5137 pelbagai haiwan daripada 476 spesis.

Apa yang hendak dinyatakan di sini ialah Zoo Taiping memerlukan kawasan baru yang lebih luas dan lebih mesra haiwan, zoo yang ada hari ini sebaiknya hanya menjadi taman burung dan haiwan-haiwan yang kecil sahaja.

Zoo atau taman haiwan hendaklah mempunyai kawasan luas dan haiwan boleh mencari makanan sendiri berkonsepkan konservasi dan safari. Hari ini jika dilihat di Zoo Taiping dan Zoo Negara kebanyakan haiwan seperti tertekan,  hidup dalam suasana terkurung dalam ruang yang sempit,

Haiwan juga kadangkala bergaduh sesama sendiri sehingga mencederakan haiwan lain. Terlalu banyak yang kurang enak kalau diceritakan mengenai haiwan dalam zoo.

Lihat sendiri gambar-gambar ini...



























Apakah haiwan dalam zoo tertekan seperti manusia?