Khamis, 26 Mei 2016

Taktik Pembangkang Serang Pemimpin, Institusi Kerajaan Untuk Racuni Pemikiran Rakyat

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Memang sudah menjadi taktik pembangkang sejak sekian lama  untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan, khususnya melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

ADUN Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, apabila rakyat sudah tidak ada keyakinan kepada pemimpin-pemimpin, maka lebih mudah kepada pihak pembangkang ini menguasai pemikiran rakyat serta mudah untuk mereka berusaha untuk menumbangkan kerajaan.

"Selain menghilangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin kita, mereka (pembangkang) juga berusaha untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi penting dalam kerajaan seperti Badan Kehakiman, Kementerian Dalam Negeri, Pertahanan, inilah sasaran-sasaran utama mereka untuk diganggu-gugat demi menghakis keyakinan rakyat.

shamsul bari jamali"Justeru itu, kita harus berhati-hati dan kita boleh menyaksikan apa yang terjadi hari ini apabila pembangkang yang selama ini mengkritik kerajaan BN di peringkat pusat mahupun negeri, mereka sendiri gagal dan tidak mampu melaksanakan apa yang mereka katakan khususnya selepas menawan beberapa negeri pada PRU11 yang lalu," ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri Johor.

Tambahnya, terbukti apa yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang terbaik dalam soal pembangunan dan pembelaan terhadap rakyat.

"Namun, masih ada ruang untuk kerajaan BN untuk memperbaiki khidmat baktinya kepada rakyat kerana kita bukanlah sesempurna mana, namun peluang dan ruang harus diberikan untuk kita memperbaiki perkhidmatan kita kepada rakyat.

"Rakyat juga harus sedar dan menilai sendiri kewajaran untuk menukar kerajaan sedia ada sebagaimana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang, khususnya dalam usaha mereka menawan Johor dan kerajaan di peringkat Pusat, adakah khidmat dan pembelaan yang mereka diberikan selama ini mewajarkan niat tersebut?

"Adakah dengan menukar kerajaan, kita boleh menangani segala masalah yang timbul? Jadi, persoalan tersebut harus dijawab atau dibuat penilaian dahulu sebelum kita menimbulkan hasrat untuk menukar kerajaan sedia-ada. Jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang, kerana akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa kerakusan politik kebencian yang diwujudkan oleh pihak pembangkang ini," tambahnya lagi.-MediaUMNO



Sent from Samsung tablet.