Jumaat, 3 Jun 2016

#PRKKUALAKANGSAR : Kayu ukur menguji PAN dan PAS

Hari ini khalayak sedia maklum bahawa sudah 3 nama mengesahkan untuk merebut kerusi  parlimen P67 Kuala Kangsar. 

BN akan mempertahankan kerusi yang dimenangi  mereka sejak sekian lama.

BN yang diwakili oleh Kak Mas akan membawa agenda pembangunan dan manifesto pru 13  yang mana lebih 80% telah ditunaikan.

Kaki Mas sudah 3 tahun mengetahui selok  belok penduduk dan pengundi dilihat lebih mudah untuk meneruskan kesinambungan yang dibawa oleh arwah suaminya.

Ia amat berbeza seandainya pengundi dan penduduk memilih orang baru dan sudah pasti ia akan membantutkan agenda pembangunan yang dirancang  sejak awal lagi. 

Oleh  itu tidak ada sebab yang munasabah untuk percaya kepada pujuk rayu oleh pihak lain selain daripada  Barisan Nasional. 

Pas dalam pru 13 lalu mendapat sokongan pengundi  Dap dan pengundi  PKR,  tetapi  kali ini Pas hilang  sokongan dua pihak tadi. Kini Pas bergantung sepenuhnya kepada  ahlinya. 

Apa yang akan diperoleh itu ialah  kekuatan sebenar Pas, manakala Pan pula kelihatan begitu yakin untuk mencuri undi penyokong Pas ke arah calon mereka. Pan beruntung kerana mereka akan disokong oleh pengundi Cina dari parti Dap.

BN pula mengharapkan undi semua kaum terutama Umno, mca, gerakan,  mic dan lain-lain parti bn.

Kita juga berharap orang cina yang dahulunya pengundi BN agar kembali menyokong calon BN kali ini. Lupakan Dap yang hanya pandai mengkritik dan memfitnah tetapi mereka sendiri banyak masalah dalam negeri yang diperintah oleh mereka,  lihat di pulau pinang dan Selangor. Tidak pernah sunyi dari pelbagai masalah dan krisis. 

Lihat sendiri bagaimana buruk nya Dap semasa 11 bulan memerintah Perak. 

Pan yang meletakkan calonnya bukanlah untuk membela rakyat tetapi hanya untuk mengukur kekuatan dan penerimaan rakyat terhadap parti sekular mereka. 





Sent from Samsung tablet.