Khamis, 9 Februari 2017

LIM GUAN ENG: KELANTAN NEGERI GAGAL



1. Pada 22 Januari 2017 Lim Kit Siang kata, DAP sedia berdamai dan bekerjasama dengan PAS. Tetapi pada 6 Febuari, Lim Guan Eng kata Kelantan di bawah PAS adalah NEGERI GAGAL. LGE benar-benar marah kerana kritikan terbuka PAS Pulau Pinang terhadap pentadbirannya.

2. Pada LGE, PAS adalah parti ekstremis dan menjadikan kegagalan kerajaan PAS Kelantan membina rumah baru bagi mangsa banjir  tiga tahun lalu sebagai bukti Kelantan di bawah PAS adalah NEGERI GAGAL.

3. Tetapi LGE gagal untuk melihat kegagalan di Pulau Pinang sendiri. Banyak tanah dan aset di Penang terpaksa dijual untuk menampung  perbelanjaan tahunan negeri tersebut yang meningkat sebanyak lima kali berturut turut.

4. Bahkan jika dibandingkan dengan Labuan, Pulau Pinang tertinggal daripada aspek GDP Per Kapita. Pada tahun 2007 GDP Per Kapita Labuan adalah di bawah Pulau Pinang dengan RM3,280.

5. Tetapi sejak 2015, GDP Per Kapita Labuan bukan sahaja mengatasi Pulau Pinang tetapi sekarang RM13,762 lebih tinggi daripada Pulau Pinang.

6. Sudah pasti bulan hadapan Lim Guan Eng akan mula dibicarakan di Mahkamah kerana kes rasuahnya. Dia membeli banglo di bawah harga pasaran dan membabitkan kroninya. Pada Lim Guan Eng semua orang lain tidak betul. Dia sahaja yang betul. Tetapi dia gagal mencermin dirinya. Sebenarnya LIM GUAN ENG individu GAGAL.

DATUK DR MOHD PUAD ZARKASHI
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO