Ahad, 12 Februari 2017

LOKASI TANAH DITENGAH BANDAR MENJADIKAN IANYA TIDAK STRATEGIK UNTUK SEBUAH PENGKALAN UDARA



Sibuk golongan yang kurang kebolehan berfikir memainkan sentimen kerajaan menjual aset strategik pertahanan negara kepada negara luar akibat 1MDB.

Kononnya, 1MDB telah membeli tanah tersebut dengan harga yang murah dan menjualkannya kepada China dengan harga yang tinggi untuk memulangkan balik wang rakyat sebanyak RM42 billion yang hilang. Maka, tanah milik Tentera Udara DiRaja Malaysia itu kini dimiliki oleh China.

Dari kedua-dua perenggan di atas, dapatlah kita membuat rumusan bahawa ada TIGA butiran utama yang dikaitkan dengan penukaran Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada Bandar Malaysia :

1. Bida'ah Pertama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur Adalah Aset Strategik Pertahanan

Ada seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengutarakan kisah yang sama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah satu aset strategik pertahanan kerana ianya satu-satu pangkalan tentera udara di dalam sebuah bandaraya.

Apabila saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan 'strategik' beliau tidak menjawab hingga ke hari ini.

Baiklah.  Mari kita bincangkan betapa strategiknya pangkalan tersebut.

Pangkalan Udara Kuala Lumpur merupakan pangkalan terakhir di mana saya bertugas sebelum menamatkan tauliah jangka pendek dalam perkhidmatan TUDM lebih 20 tahun yang lalu.  Pada waktu itu, tepi landasan kapal terbang berada agak jauh dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Saya sering gunakan bahagian rumput di tepi landasan tersebut di waktu petang setelah operasi udara harian di pangkalan tersebut tamat untuk membawa anak saya terbang menaiki pesawat ringan jenis Buckeye.

powered_parachute

Pada tahun 1975, semasa jalanraya masih berada jauh dari bahagian tepi landasan, pengganas dari Parti Komunis Malaya telah melancarkan serangan mortar terhadap pesawat-pesawat Caribou milik TUDM yang berada di pangkalan tersebut, merosakkan dengan teruk salah sebuah pesawat tersebut manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil.

Sekiranya anda memandu dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur anda boleh lihat betapa hampirnya kini lebuhraya dengan tepi landasan tersebut.  Anda tidak perlu lagi berada jauh sekiranya ingin melakukan khianat terhadap aset-aset serta bangunan-bangunan yang berada di dalam pangkalan tersebut.

Panjang landasan di PU Kuala Lumpur tidak pernah berubah sejak ianya dibina pada tahun 1952 iaitu sepanjang 3,934 kaki. Semasa saya bertugas, pesawat taktikal sayap kaku yang diterbangkan dari sini adalah pesawat DHC-4 Caribou yang mempunyai jarak berlepas sepanjang 910 kaki, dan pesawat amfibian Grumman HU-16 Albatross yang memerlukan jarak 1.700 kaki untuk berlepas.

Kedua-dua buah pesawat telah dilucut tauliah semasa saya masih bertugas.

Kini, pesawat angkut yang digunakan oleh TUDM adalah lebih besar dari pesawat Caribou.  Pesawat A400M memerlukan jarak  berlepas minima sepanjang 3,215 kaki manakalah pesawat C-130H memerlukan 3,586 kaki.  Walaupun cukup untuk berlepas, landasan tersebut tidak cukup panjang untuk kedua-dua jenis pesawat membuat pemberhentian cemas dengan selamat.

Tambahan pula, Nombor Klasifikasi Beban (LCN) iaitu kategori kekuatan beban landasan di PU Kuala Lumpur ialah 40. Walaupun pesawat C-130H hanya memerlukan LCN 37 untuk tarmac/asphalt, pesawat A400M perlu mempunyai lebih dari 49.

Maka, PU Kuala Lumpur hanya mampu menerima pesawat-pesawat ringan tanpa menjejaskan keselamatan pesawat dan struktur landasan.

Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)
Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)

Gambar di atas di ambil sekitar tahun 2001.  Bahagian berumput di sebelah kiri gambar kini hanya tinggal setengah akibat pembesaran Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya SMART.  Jalan di latar depan gambar ini ialah Jalan Istana yang berhubung dengan Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru).  Kini ada satu jejambat yang lebih tinggi dibina di situ.

Di latar belakang gambar atau di hujung landasan tersebut adalah satu tebing di mana landasan Keretapi Tanah Melayu dan juga ERL lalu.  Tebing tersebutlah yang menjadi suatu halangan yang boleh memberi akibat yang buruk sekiranya pesawat angkut A400M atau C-130H terpaksa membatalkan perlepasan.

Lain-lain halangan yang kini berada di situ ialah sebuah bangunan berketinggian hampir 60 meter berada 1.86km di hadapan landasan tersebut.Enam buat tiang lampu yang berada betul-betul di bawah pesawat yang ingin membuat pendaratan di Landasan 22; pokok-pokok milik persendirian berketinggian 55 meter juga di bawah pesawat sebelum mendarat; menara kabel tension tinggi berketinggian 105 meter di sebelah timur landasan; dua buah menara telekomunikasi berketinggian 35 meter dan 76 meter juga dalam laluan pendaratan pesawat.

PU Kuala Lumpur juga tidak mempunya kemudahan penyimpanan dan pengisian minyak yang sempurna.  Sekiranya anda menerbangkan pesawat ringan persendirian mahupun milik kelab dari situ maka anda perlu terbang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang untuk mengisi minyak sebelum pulang semula ke PU Kuala Lumpur.

Ditambah pula dengan keadaan lalulintas di sekitar kawasan PU Kuala Lumpur yang sememangnya sesak, adakah anda masih menganggap pangkalan udara ini sebuah aset yang strategik?

2. Bida'ah Kedua: Memulangkan Balik Wang Rakyat RM42 billion Yang Hilang

Wang siapa yang hilang?

Wang rakyat?

Sudah tentu bukan.

RM42 billion adalah jumlah wang yang dipinjam oleh 1MDB dari institusi-institusi luar negara untuk melaksanakan projek-projek di dalam negara.  Ianya berbeza dengan kehilangan berbillion wang yang diperuntukkan oleh PETRONAS untuk membantu kaum Bumiputera melalui Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) semasa pentadbiran 22 tahun seseorang yang kini mudah lupa.  Wang BBMB tersebut telah diberi pinjam kepada orang luar untuk projek hartanah di luar negara yang tiada kaitan langsung dengan rakyat Malaysia mahupun kaum Bumiputera.

Jika wang RM42 billion yang kononnya hilang itu dipinjam oleh 1MDB dari institusi-institusi kewangan luar negara, bagaimana mungkin wang tersebut datangnya dari rakyat?

Untuk makluman semua, cerita RM42 billion ini adalah merupakan cerita basi yang dimainkan semula akibat kehabisan modal untuk terus menipu rakyat.  1MDB telahpun melangsaikan segala hutang awal tahun 2016 lagi!  Malah, 1MDB dapat membuat lebihan berjumlah RM2.3 billion lagi.  Maka, hentikanlah dari berbohong atau bersubahat menyebarkan pembohongan melainkan anda memang tidak percaya kepada Tuhan.

3. Bida'ah Ketiga: Tanah Milik TUDM Kini Milik China

Bagi saya, saya kurang faham bagaimana cerita bodoh ini boleh dipercayai ramai seperti juga cerita 700,000 bakal warganegara baru Malaysia yang berasal dari China.

Bagaimanapun, saya akur Tuhan tidak menjadikan kita ini semua sama kalau tidak hidup ini akan menjadi bosan.  Oleh itu saya amat terhibur dengan cara mereka yang mempunyai daya pemikiran yang sama seperti katak puru yang tersenarai sebagai salah satu dari empat binatang terbodoh di dunia.

Seingat saya, angka 700,000 yang dibawa oleh U-Turn Mahathir ini adalah angka yang sama didakwa oleh bekas Senator Chong Eng Leong dari Sabah telah menerima kad pengenalan Malaysia semasa pentadbiran U-Turn Mahathir.  Chong Eng Leong mendakwa bahawa Projek IC semasa pentadbiran U-Turn Mahathir telah memberi kad pengenalan Malaysia kepada 700,000 orang asing yang mana seramai 200,000 adalah pengundi berdaftar di negeri Sabah.

Siapa sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini?

Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:

40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia;
22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia;
14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ); dan,
24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ.
Ini bermakna, 54 peratus milik syarikat-syarikat kerajaan dan 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).

Ini juga bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China.

Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM?

Dan murahkah nilai tanah TUDM yang dibeli oleh 1MDB?

1MDB membeli tanah tersebut pada harga RM400 juta.  Namun sebagai ganti, 1MDB perlu membina sebuah Pangkalan Udara untuk unit-unit TUDM dari PU Kuala Lumpur ditempatkan.  Selain pangkalan udara yang baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH buah lagi pangkalan tentera  menjadikan jumlah keseluruhan LAPAN buah pangkalan tentera berjumlah sekitar RM1.6 billion. Jumlah keseluruhan = RM2 billion.

Bayangkan apa yang boleh memanfaatkan kita dengan jumlah RM2.5 billion pinjaman yang lesap di Hong Kong semasa pentadbiran U-Turn Mahathir!

Fikir-fikirkanlah!