Rabu, 24 Mei 2017

Beranganlah Pakatan!



Walaupun bersekongkol, DAP dan PKR tidak akan dapat memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon PM Pakatan.
Walaupun Pakatan kini tidur sekatil, mimpi mereka tetap lain dan agak mustahil untuk Mahathir menerima Anwar.
Jika mereka gagal memujuk Mahathir untuk hanya memegang plakad, apatah lagi untuk menyokong Anwar.
Pakatan baru sahaja memulakan tarian politik mereka dengan Mahathir, bersedialah untuk lebih kejutan daripada seorang yang penuh tipu muslihat hasil memerintah negara selama 22 tahun.
Wahai Pakatan! Bersedialah untuk permainan Tun M ini.