Selasa, 23 Mei 2017

Bungkus sudah PPBM

Hari ini Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zulaiha Sidek mengumumkan peletakan jawatan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap PPBM Perak yang kini bergolak.

"Keputusan ini adalah atas desakan diri sendiri sebagai tanda sudah muak dengan kemelut dan pergolakan dalaman parti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut mengumumkan peletakan jawatan ialah Ketua Srikandi Penaja PPBM Bahagian Gopeng, Aflatuniah Md. Norani. - UTUSAN ONLINE