Jumaat, 26 Mei 2017

Disebalik tabir – Rafizi, Invoke dan syok sendiri.


Matlamat sebenar Rafizi Ramli dalam membentang keputusan kajian Invoke adalah untuk umumkan bahawa dia lebih popular daripada Wan Azizah dan Azmin Ali.
Mengikut kajian itu, Rafizi mendapat 3.7% selepas Anwar Ibrahim yang mendapat 8% undian populariti. Manakala Presiden Wan Azizah dan timbalannya Azmin masing-masing hanya mendapat 1.6% dan 1.2%.
Sesiapa yang mengenali Rafizi tahu beliau akan menggunakan fakta ini dalam hujahnya kelak untuk menaikkan kedudukannya dalam PKR. Dia dikatakan ingin menaikkan imejnya dikalangan ahli Melayu yang tidak suka dengan sikapnya yang pro-DAP.
Bekas PM Dr Mahathir Mohamad pula mengatakan Rafizi syok sendiri.
"Kalau tak menang, bubuh nama, itu syok sendiri."