Rabu, 17 Mei 2017

Isu SRC: Alangkah Mudahnya Jadi Pakatan



Terbaru ini Rafizi Ramli membongkarkan bahawa ada dokumen-dokumen hangat yang menunjukkan Dana daripada SRC masuk ke akaun peribadi YAB PM dan kemudian wang itu disalurkan kepada parti-parti di dalam BN dan sekumpulan ahlinya.

Sudahkah anda melihat 'dokumen-dokumen' hangat ini? Budak 9 tahun boleh buat dokumen-dokumen ini menggunakan Microsoft Word/Microsoft Excel. Dokumen-dokumen seperti yang dilampirkan tidak menunjukkan bahawa ia adalah dokumen-dokumen yang rasmi atau sahih.

UMNO Pulau Pinang & Markus Mojigoh (UPKO) terus menafikan dakwaan Rafizi yang mengatakan mereka menerima wang tersebut.

Pakatan Pro-DAP amat terdesak untuk mengidupkan kembali isu 1MDB untuk menjatuhkan Barisan Pro-Rakyat kerana isu 2.6B sudah terkubur apabila kerajaan Saudi mengakui mengenai sumbangan itu dan juga lawatan bersejarah daripada Raja Salman Abdulaziz Al Saud menunjukkan dakwaan mereka selama ini adalah tidak benar.

Begitu mudah menjadi ahli Pakatan, dokumen-dokumen yang tidak sahih sebegini pun boleh digunakan untuk meraih undi.