Selasa, 11 Julai 2017

BERITA HARI INI


*11 Julai 2017 - Selasa*
*17 Syawal 1438 Hijrah*

➡ *NASIONAL*
1. SEPANG: Datuk Seri Najib Razak yakin Malaysia Airlines Berhad (MAB) mampu mencapai penarafan lima bintang Skytrax menjelang 2018, berdasarkan pelan pemulihan syarikat itu yang lancar mengikut jadual.
2. KUALA LUMPUR: Presiden Pergerakan Al-Nadha, Tunisia, Sheikh Rached Ganouchi, akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Peradaban Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam satu majlis penganugerahan, lusa.
3. PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) di pejabat perdana menteri, di sini.
4. KUALA LUMPUR: Perancangan Keluarga: Memperkasa Rakyat, Membangunkan Negara dipilih sebagai tema sambutan Hari Penduduk Sedunia yang disambut hari ini.
5. PUTRAJAYA: Kerajaan berusaha untuk memantapkan lagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai pentadbir bandar di negara ini.
6. KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) hari ini menyampaikan sumbangan RM91,190 kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima sebagai tanda prihatin membantu etnik itu.
7. KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menghadapi segala bentuk ancaman dalam dan luar negara termasuk berkaitan keganasan, menjelang penganjuran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan.
8. KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi versi kemas kini, THiJARI 2.0 bagi kemudahan pendeposit dan bakal jemaah haji.
9. KUALA LUMPUR : Felcra Berhad (FELCRA) mahu mengurangkan kebergantungan lima peratus kepada makanan import setiap tahun menerusi pelaksanaannya sebagai agensi peneraju dalam bidang pengeluaran produk makanan negara.
10. KOTA KINABALU: Laluan kedua menghubungkan bandar raya ini dengan Ranau yang dalam pembinaan membabitkan kos kira-kira RM300 juta bakal membawa banyak manfaat ekonomi dan sosial kepada rakyat Sabah.

➡ *POLITIK*
1. SHAH ALAM: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Noh Omar, malam ini, turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
2. PUTRAJAYA: DAP perlu menghormati dan mematuhi arahan serta tidak menyalahkan atau mempolitikkan isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) seperti diarahkan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).
3. KUALA LUMPUR: Status kelayakan DAP untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang masih terlalu awal untuk diputuskan.
4. KAMPUNG GAJAH: Pemimpin DAP tidak wajar berasa takut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu jika mereka percaya berada di landasan benar.
5. ALOR SETAR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri membuktikan sifat 'licik' bekas Perdana Menteri itu.

➡ *EKONOMI*
1. KUALA KANGSAR: Walaupun pernah gagal dalam perniagaan char kuetiau yang diusahakan, ia tidak mematahkan semangat pasangan suami isteri untuk kembali membangunkan perniagaan serupa hasil bantuan Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp), sehingga mampu mengeluarkan produk sendiri.
2. KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia memaklumkan kepada pelabur bahawa aktiviti dagangan beroperasi seperti biasa, hari ini.
3. KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini, susulan harga minyak soya yang kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago, kata peniaga.

➡ *AGAMA*
1. SAYA sedar bahawa Rang Undang-Undang 355 (RUU355) adalah topik yang kurang hangat berbanding dengan isu semasa, namun saya terdetik untuk menulisnya memandangkan Parlimen akan bersidang sekali lagi dalam tahun ini dan usul pindaan Akta 355 mungkin akan dibahaskan di Parlimen kelak.

➡ *ANTARABANGSA*
1. KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir membunuh enam suspek militan yang bersimpati dengan Daesh dalam kejadian berbalas tembakan di wilayah Assiut, kata Kementerian Dalam Negeri, semalam.
2. ISTANBUL: Turki menahan 42 kakitangan dua universiti di Istanbul, termasuk seorang ahli akademik terkenal sebagai sebahagian siasatan kumpulan yang dipersalahkan di atas cubaan rampasan kuasa yang gagal tahun lalu, lapor media semalam.
3. LOS ANGELES: Kebakaran hutan merebak ke sebahagian besar kawasan di California sehingga memaksa beribu-ribu penduduk berpindah, ketika negeri paling ramai penduduk di Amerika Syarikat itu dilanda cuaca panas dan banyak bangunan terbakar.

➡ *SUKAN*
1. KOTA KINABALU: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC membenam Sabah, 3-1 di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi, untuk sekali gus terus menghidupkan peluang naik ke Liga Super musim depan.
2. SELAYANG: Kuala Lumpur (KL) membenam Negeri Sembilan (NS) 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, sebentar tadi, sekali gus mengambil alih mahkota pendahulu saingan Liga Perdana.
3. LONDON: Juara bertahan, Andy Murray mudah melangkah ke suku akhir tenis Kejohanan Wimbledon buat tahun ke-10 berturut-turut, selepas menang 7-6 (1) 6-4 6-4 ke atas Benoit Paire, semalam.