Jumaat, 29 September 2017

Perihal penjualan arak

Siri perkongsian maklumat....

Beer dalam botol atau canned beer BOLEH DIJUAL di 7e atau kedai runcit atau di tempat awam.

Tapi beer yg kena tuang dari tangki (cast atau keg) ke dalam beer glass/mug tuh (draught beer) penjualannya kena ada Lesen Rumah Awam sama ada 3rd Class Public House (hingga jam 8 mlm), 2nd Class (hingga jam 10 mlm) atau 1st Class (hingga jam 12 tgh malam) yg lesen2nya dikeluarkan oleh Kastam atas rekomen PBT (Lembaga Pelesenan) setelah pemohon mengiklankan permohonan mereka itu dalam suratkhabar alamat premis penjualan draught beer dll. serving liquor (whisky dan brandy) itu dan kemudiannya tidak mendapat sebarang bantahan dari orang awam.

Kebiasaannya pada hari2 hujung minggu atau cuti umum 1st class Public House license holder mohon lesen extension of time hingga jam 2.00 pagi dgn additional license fee yg diluluskan oleh PBT dan Kastam.

Dalam Perlembagaan Persekutuan sudah disebut sebarang bayaran lesen atau permit adalah menjadi hasil negeri kecuali di WP. Dan bayaran Lesen Rumah Awam ini juga menjadi sumber Hasil Negeri. :)