Ahad, 1 Oktober 2017

JITN vs SPRM Satu konflik definasi





Nampaknya konflik besar berlaku antara #SPRM dengan #JITN. Suruhanjaya dan Jabatan adalah dua entiti yang berbeza. Sebelum itu kita tengok dahulu apakah perbezaan antara JABATAN dan SURUHANJAYA.


Definasi Suruhanjaya


Suruhanjaya adalah satu badan khas yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam pemerintahan negara. Pembentukan suruhanjaya sama ada tetap atau sementara adalah untuk memastikan suruhanjaya ini dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan harmoni.


Suruhanjaya yang ditubuhkan boleh di bubar mengikut keperluan. Suruhanjaya juga tidak memerlukan satu jumlah tenaga yang ramai.


Suruhanjaya ditubuhkan oleh kerajaan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan kerajaan.

Syarat perkhidmatan anggota suruhanjaya dilantik dalam tempoh lima tahun atau tempoh yang lebih singkat yang ditetapkan.


Ahli suruhanjaya yang tamat tempo boleh dilantik semula dari semasa ke semasa mengikut budibicara kerajaan. Mereka juga boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa, tidak boleh dipecat kecuali atas alasan dan mengikut cara seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan

Suruhanjaya ada beberapa kategori iaitu TETAP/TIDAK TETAP/ SEMENTARA dan KHAS


Suruhanjaya Khas diwujudkan secara sementara (ad hoc) untuk membincang dan mengkaji masalah-masalah yang timbul serta mencari jalan penyelesaian ke atas masalah tersebut.

Ahli-ahli Suruhanjaya ini terdiri daripada pengerusi dua orang ahli lain. Antara suruhanjaya khas yang pernah pernah diwujudkan ialah Suruhanjaya Gaji Aziz dan Suruhanjaya Gaji Harun
Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Berkuasa Perbadanan

Suruhanjaya Khas Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia ditubuhkan pada tahun 2004 atas syor Perdana Menteri Malaysia.

Tugas-tugas suruhanjaya khas ini termasuk:
  • Menyiasat fungsi dan tanggung jawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguat kuasakan undang-undang negara;
  • Menyiasat keperluan sumber manusia PDRM;
  • Menyiasat etika kerja dan prosedur bagi kakitangan PDRM;
  • Menyiasat isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan tugas-tugas PDRM.

Kesimpulannya suruhanjaya di Malaysia merupakan satu badan khas yang ditubuhkan untuk melancarkan perjalanan pentadbiran negara. Pembentukan suruhanjaya samada tetap atau sementara adalah untuk memastikan Suruhanjaya ini dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan harmoni.

Di Malaysia ada banyak suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan, antaranya ialah;

  1. SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI)
  2. SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD)
  3. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG 
  4. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
  5. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)
  6. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
  7. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN POLIS
  8. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN 
  9. SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA
  10. DLL

Apa pula maksud jabatan?

Bila sebut sahaja jabatan, ia mengambarkan satu sektor pekerjaan yang besar dan dibahagi-bahagikan kepada beberapa kementerian. Ada kalanya dua tiga jabatan ditadbir urus dibawah satu kementerian dan kadangkala ia berpindah ke kementerian lain mengikut keperluan semasa.

Jabatan juga berada di bawah kawalan suruhanjaya seperti Jabatan Pendidikan ia berada di bawah kawalan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ( SPP) PDRM berada di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Polis.

Jabatan kerajaan terlalu banyak berbanding suruhanjaya. Jabatan adalah jentera kerajaan untuk melaksanakan tugas dan tanggung jawab kapada rakyat. 

Pengerusi SPRM baru-baru ini membantah terhadap keputusan YB Senator Dato Paul Low Seng Kuan kerana menteri tersebut menaik taraf Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai jabatan penuh yang dikenali sebagai JITN. Penubuhkan Jabatan  tersebut akan membazir dan mengganggu tugas SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mungkin berbeza definasi suruhan dan jabatan, mungkin Dzulkifli mahu melihat SPRM sebagai sebuah jabatan kerajaan.

Fungsi Suruhanjaya SPRM
  1. KEANGGOTAAN KETUA PESURUHJAYA YANG DILANTIK OLEH YDPA & PEGAWAI2 YANG DILANTIK OLEH SPA. 
  2. BERTUGAS MENGESAN & MENGENAL PASTI PERLAKUAN RASUAH & PENYALAHGUNAAN KUASA.
  3. MENGUMPUL BUKTI YANG KUKUH UNTUK TINDAKAN UNDANG-UNDANG
  4. MEMASTIKAN KEPENTINGAN & AWAM TERJAMIN DALAM URUSAN PENDAKWAAN. 
  5. MEMBANTU KETUA ORGANISASI SEKTOR AWAM & SWASTA DALAM MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB. 
  6. MENYEKAT PUNCA & PERLAKUAN RASUAH & PENYALAHGUNAAN KUASA, MEMBANTU MENENTUKAN CALON PILIHAN RAYA.
  7. MEMASTIKAN TINDAKAN TERTENTU SPRM DI LAKSANAKAN.
  8. MEWUJUDKAN NILAI-NILAI KERJA YANG UNGGUL.
  9. MENJAMIN KEBEBASAN KETELUSAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA. 
  10. CHECK & BALANCE’ DIWUJUDKAN MELALUI PEMBENTUKAN LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH (LPPR), JK MENGENAI RASUAH (JKMR), JAWATAN KUASA ADUAN (JA), PANEL PENILAIAN OPERASI (PRO), PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH (PPPR) BERFUNGSI MEMANTAU,MENASIHATI & MEMASTIKAN FUNGSI & TANGGUNG JAWAB SURUHANJAYA DI LAKSANAKAN DENGAN CEKAP. KEANGGOTAAN DIPILIH DARI KALANGAN INDIVIDU BERINTEGRITI DALAM BIDANG MASING-MASING.
Hari ini SPRM mempunyai kuasa yang besar, mereka boleh menangkap dan menahan suspek selama beberapa hari dalam lokap SPRM.

Kata Zulkifli, JITN akan menyebabkan pertindihan tugas , selama ini SPRM pun wujud pertindihan tugas dan seolah-olah mengambil tugas polis. Kita pernah dengar pegawai SPRM menangkap anggota polis dan kemudiannya Polis pula menangkap pegawai SPRM.  

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim semalam turut mengkritik cadangan menubuhkan JITN dan ia akan menghilangkan taring SPRM dan seolah-olah memberi gambaran negatif kepada SPRM bahawa suruhanjaya itu tidak mampu melakukan tugas dengan baik

Zaman Pak Lah menjadi PM, beliau menubuhkan Institut Integriti Negara untuk mendidik penjawat awam supaya mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksana kan tugas dan tanggung jawab. Maka banyaklah kursus-kursus pendek diadakan untuk semua jabatan kerajaan. Hari ini nampaknya ia sudah sepi dan kurang berfungsi. Dengar cerita orang di Institut Integriti Negara juga terlibat dalam usaha menubuhkan JITN ini.

Cara Boss SPRM bercakap di sidang media di Bayan Lepas amat tidak sesuai dan memberikan persepsi negatif kepada jabatan lain.  Beliau mahu SPRM mempunyai anggota sehingga 5 ribu orang. Bagi penulis, untuk menyiasat tak perlulah ramai anggota, jumlah 3 ribu sekarang pun sudah cukup besar.

Jika ada laporan salah guna kuasa dan rasuah, dua tiga orang pun dah boleh menyiasat dan jika ada prima facie SPRM boleh suruh polis buat tangkapan dan menahan di lokap balai polis. Tak perlulah SPRM ada pistol, gari, ada black maria , ada bot laju, ada lokap dan tenaga kerja yang ramai.

Kalau tak puas hati tak perlu bercakap dalam sidang media yang keras dan tidak kena pada masa dan tempat, kalau tak puas hati cakap sahaja lah melalui saluran yang betul , Senyum sinis sahaja Dr Helmi MP Bayan Lepas melihat gelagat boss SPRM.

Walau apa pun tohmahan dan kritikan terhadap cadangan kerajaan menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) dilihat sebagai satu tindakan dan keputusan yang baik.

Pegawai SPRM pun perlu dipantau supaya mereka buat kerja dengan telus, tidak sorok fail atau menghentikan siasatan sesuatu kes. Kita pernah baca dalam akhbar terdapat kes pegawai SPRM ditangkap oleh polis kerana memeras ugut. 

Kita juga sering membaca kes SPRM menahan pegawai polis kerana terlibat rasuah. Sebagai manusia yang lemah maka akan ada kes-kes terpencil seperti ini berlaku.

Semalam 1 Oktober 2017 Najib hadir dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun ke 50 penubuhan BPR/SPRM dan menunjukkan model bangunan baharu SPRM yang terbesar di dunia  dan memberi 5 juta ringgit untuk Yayasan Prihatin SPRM. 


sekian,