Selasa, 31 Oktober 2017

Pengecualian Cukai, Arak, Keputusan Terbaik Buat Pulau Pangkor


31/10/2017 -- Pengecualian Cukai, Arak, Keputusan Terbaik Buat Pulau Pangkor:- Datuk Saarani Mohamad

Pengumaman Pulau Pangkor sebagai kawasan bebas cukai adalah satu yang membanggakan, namun keputusan yang paling tepat dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini ialah pengecualian itu tidak tertakluk bagi bagan tembakan, arak serta kenderaan.

Mengulas lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Kanan Negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, dua daripada pengecualian cukai itu disambut baik terutama tidak mahu melihat Pulau Pangkor menjadi seperti Pulau Langkawi.

“Pembangkang cakap sewaktu Tun Dr Mahathir menjadikan Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai keseluruhannya; Ingat lagi syarahan? termasuk syarahan Mat Shabu kalau (Langkawi) padang jarak, padang terkukur sekarang menjadi padang arak, padang pelacur.

“Jadi kita mengambil kira itu sebab Pulau Pangkor kita buat keputusan tidak ada pengecualian cukai bagi arak dan juga rokok kerana kita tak nak jadikan Pulau Pangkor sarang orang minum arak dan yang tidak merokok itu seorang perokok…ia mungkin menyebabkan kerosakan anak-anak di situ,” jelas beliau.

Tambahnya, ekonomi Pulau Pangkor boleh dimajukan dari aspek perkakas rumah, makanan serta hasil kraftangan tempatan.


Dari segi pengecualian cukai kenderaan pula, Datuk Saarani berkata keputusan itu juga tepat memandangkan permukaan bumi di Pulau Pangkor yang berbukit menyebabkan ketidaksesuaian banyak kenderaan di pulau tersebut.

“…orang pergi ke Langkawi bukanlah kata nak hisap rokok, bukan semua nak beli arak, ada orang nak beli pinggan mangkuk, coklat,pakaian, jadi tak ada masalah pada kita.




“Sebenarnya kita nak jadikan tarikan baharu kepada Pangkor. Sekurangnya-kurangnya alasan kita ke Pangkor, nak cari pakaian murah, pinggan mangkuk murah, coklat murah. Tak ada lah saya nak cari rokok murah, minum arak murah,” ulas beliau.