Rabu, 22 November 2017

Kerajaan Azmin Pun Jual Selangor Kepada China ?





Tengahari tadi ketika sesi khas lawatan media ke kawasan Azmin Ali bersama Persatuan Penduduk tiba di depan projek 'terbengkalai' di Taman Melawati kami telah diserbu oleh sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai kakitangan syarikat TSA Land iaitu syarikat yang memiliki projek tersebut.

Isunya ialah projek ini terbengkalai, tinjauan awal persatuan penduduk telah menyatakan menjumpai pekerja kontrak warga asing yang mengadu sudah 4 bulan tidak dibayar gaji dan projek sudah berhenti lebih lama sebelum itu. Kegusaran penduduk ialah projek di tapak KK Club ini meliputi kawasan yg besar.

Projek yg terbengkalai punya banyak risiko seperti jadi pusat pembiakan nyamuk dan mengundang pelbagai aktiviti yang merisikokan. Malah menurut rekod penduduk menyatakan ketika projek berhenti sebelum ini kehadiran keluar dan masuk orang tidak dikenali khususnya warga asing meningkat dan merisaukan. 

Aduan dan pertanyaan telah dirujuk kepada MPAJ dan nama sdr. Khairul Timbalan Pengarah Kejuruteraan mengakui projek terhenti dan hanya akan dimulakan Januari 2018. 

Penduduk risau atas banyak perkara malah maklumat bila projek siap juga tidak dimaklumkan, itu makluman dari sdr Razman Pengerusi Persatuan Penduduk yang mengetuai sesi hari ini.

Ketika sampai di tapak projek yang dimaksudkan tengahari ini, kami (termasuk wartawan) diserbu oleh sekumpulan yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan syarikat pemilik projek terbengkalai itu. Tindakan mereka jelas menunjukkan mereka panik.

Bermula dengan sekumpulan lelaki melayu yang datang marah - marah dengan siap membuat ugutan mencederakan sdr.Razman.

Namun apa yang menariknya apabila meminta penjelasan mengenai terhentinya kerja pembinaan mereka menafikan kerja dihentikan. 

Apabila dinyatakan nama Sdr. Khairul Timbalan Pengarah Kejuruteraan juga mengakui ia kerja pembinaan ada masalah dan dihentikan terus kakitangan syarikat tersebut menyebut dengan jelas menyatakan Sdr.Khairul MPAJ yang dimaksudkan kaki rasuah dan kaki minta duit. Ia diulang beberapa kali dan sebahagiannya dirakam dalam rakaman yang disertakan.

Bila ditekan dengan menunjukkan langsung tidak kelihatan kegiatan kerja pembinaan sedang berlaku, barulah seorang yang perkenalkan diri sebagai salah seorang pengurus (berbangsa Cina) mengakui memang ada masalah dan beberapa urusan dengan MPAJ sedang dilakukan. 

Bila ditanya sekali lagi mengenai tuduhan MPAJ minta rasuah lelaki Cina yang perkenal diri sebagai pengurus itu cuba mengelak menjawab atau menafikan.

Bila ditanya adakah syarikat mengalami masalah kewangan kerana ada pekerja yang ditemui menyatakan kerja dihentikan kerana gaji tidak dibayar beberapa bulan, lelaki Cina itu menjawab projek dan kedudukan kewangan syarikat tidak ada masalah. 

Malah Kondomonium yang dibina sebahagian besarnya (blok 1) telah habis dijual di Macau. Kenyataan ini amat mengejutkan kerana ini membawa erti kawasan kejiranan Taman Melawati (kawasan Azmin Ali) akan menerima kebanjiran ribuan warga China yang memiliki hartanah mereka sendiri dibawah projek yang diluluskan kerajaan negeri.

Ikuti tulisan dan penjelasan serta video dan gambar penuh akan di kemas kini kemudian di http://chegubard.blogspot.com Razman Hakimi Abdullah juga selepas tamat sesi bersama media tadi telah membuat laporan polis berkenaan ugutan yang beliau berdepan.

T.kasih untuk rakaman dari Anuar Mohd Nor

TSA LAND