Jumaat, 19 Januari 2018

Kempen Rakyat Biasa Yang Bakal Menjatuhkan Pembangkang



1. Pakatan pembangkang akan kekurangan sokongan pengundi pada PRU14 nanti. Perkara ini pasti akan mencemaskan pakatan pembangkang terutamanya parti DAP. Apatah lagi, muncul penyokong tegar yang tidak dapat menerima Tun Dr Mahathir Mohamad.

2. Pakatan pembangkang bakal kekurangan 10-15% sokongan kaum Cina termasuk penyokong mereka dalam PRU13. Kemungkinan pengundi tidak keluar mengundi dalam pilihan raya umum nanti dan ianya boleh menghancurkan pakatan pembangkang yang memerlukan undi yang tinggi untuk menang.

3. Perkara ini dinyatakan di dalam sebuah portal berita tetapi tidak mendapat sebaran yang sepenuhnya. Isunya mengenai satu kempen merosakkan undi yang sedang berlegar di kalangan beberapa media sosial berbahasa Cina.

4. Penganalisis politik berkata, memandangkan parti-parti pembangkang bergantung sokongan 80% daripada komuniti Cina pada PRU14, kempen undi rosak ini boleh menjejaskan peluang mereka di banyak kerusi Parlimen dan Negeri.

5. Portal tersebut melaporkan bahawa satu tinjauan terhadap tiga akaun Facebook berbahasa Cina yang mempromosikan kempen ini menunjukkan kebanyakan kekecewaan itu disasarkan kepada DAP.

6. Gerakan ini mencerminkan trend kebosanan dan ketidakpuasan hati terhadap politik yang meluas terhadap ahli politik Malaysia di kedua-dua belah pihak kerana pertelingkahan di antara mereka bertambah hebat menjelang PRU14. Antara sebab kempen tersebut ialah:

*i.* Undi rosak boleh mewakili rasa tidak setuju terhadap kerajaan dan pembangkang.
*ii.* Undi rosak akan memberi pengajaran kepada ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
*iii.* Undi rosak adalah satu bentuk semak dan imbang bagi parti yang meletakkan calon tidak dikenali pengundi.

Pelbagai pandangan yang telah dilaporkan oleh portal tersebut. Di antaranya:

"Mereka tidak ke Parlimen dan menjadi malas dan hanya mahu glamor. Oleh itu, kempen undi rosak boleh memaksa calon-calon dan parti untuk mendengar rakyat," kata seorang facebooker.

"Jika parti-parti politik tidak menghormati apa yang rakyat inginkan, rakyat boleh memilih untuk membuang undi rosak." katanya lagi.

7. Isu suara rakyat tidak didengar oleh parti-parti politik terutamanya parti DAP bukan lagi satu dongengan. Kerajaan DAP begitu jelas telah membelakangi NGO-NGO yang mewakili suara rakyat.