Isnin, 29 Januari 2018

#Undirosak Satu Kecelaruan minda dalam kem pembangkang.







Minggu ini adalah minggu #undirosak yang hangat di perkatakan, Ramai pemimpin parti politik menolak keras kempen tersebut,  tiba-tiba Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa pihak yang memulakan kempen boikot pilihan raya adalah orang Umno sendiri.  Begitu mudah Mahathir menyalahkan Umno sedangkan Umno dan BN bekerja keras untuk menang besar kali ini. 

Menurut ramai penganalisis politik mendakwa kempen undi rosak ini mula berlegar di kalangan orang Cina dan pengundi muda yang tidak suka politik. 

Jika orang Cina didakwa cuba boikot pilihan raya akan datang ada juga kebenarannya, ianya kerana dua pilihan raya yang lepas mereka dijanjikan emas dan berlian jika Dap menang, akan tetapi setelah menang besar dengan 38 kerusi parlimen dan berjaya menawan Pulau Pinang Selangor dan Perak pada 2008 tidak ada satu pun kemajuan yang dan perubahan yang dilakukan oleh Dap. Sebaliknya Selangor dan Pulau Pinang dilanda dengan pelbagai masalah dan skandal. Dan semua masalah yang dicipta oleh pemimpin Dap bukan membawa keuntungan tetapi membawa bala yang tidak bagus kepada masyarakat Cina.

Caj pembangunan hartanah, kenaikan cukai hartanah dan sebagainya menyebabkan inflasi meningkat. Kadar sewa yang tinggi menyebabkan kos pengeluaran dan harga meningkat. 

Apabila berlaku bencana dan masalah pemimpin Dap tidak turun padang untuk menilai dan membantu rakyat sebaliknya menuding jari mencari salah kerajaan persekutuan. Ini jelas terjadi kepada ketua menteri Guan Eng apabila Pulau Pinang di landa Banjir teh tarik beberapa bulan lalu.

Begitu juga halnya dengan Selangor yang menghadapi masalah air akibat pemimpin keras kepala dalam projek air Langat.  Selangor juga cuba menggagalkan beberapa usaha kerajaan Persekutuan untuk membina lebih banyak lebuh raya untuk mengatasi kesesakan kenderaan setiap hari. Jadi rakyat kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang yang tidak mengendahkan suara rakyat.

Mungkin ini adalah salah satu sebab mengundi Cina yang menyokong Dap mahukan memboikot pilihan raya akan datang.

Sebab lain mungkin kerana mereka merasa kecewa dengan pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan cerita seandainya PH menang Anwar akan mengambil alih jawatan perdana menteri dan Wan Azizah kekal sebagai timbalannya. Nama pemimpin Dap langsung tidak disebut sebagai perdana menteri.

Perkara lain ialah penyokong Dap kecewa dengan usaha PH menyingkirkan parti Pas dan menggantikan dengan Pan. Pan dilihat terlalu lemah untuk menewaskan BN. Mereka juga tahu Pkr dan Dap selama ini menang besar adalah kerana sokongan undi Melayu dan Pas. Tanpa Pas tiada kerajaan pembangkang.

Pas yang bekerjasama dengan pembangkang lain hanya mampu menawan Kelantan, Terengganu pada tahun 1991 dan menawan Kedah pada tahun 2008.  Di Selangor, Perak dan Pulau Pinang Pas hanya jadi nasi tambah sahaja.

Setelah sekian lama membantu Dap, Pkr akhirnya Pas berpatah arang dengan Dap dan Pkr. Kini dengan wujudnya Pan dalam PH maka bertambah lah suhu kepanasan Pas.







Sekian.