Sabtu, 10 Februari 2018

PPA1M Bukit Jalil : Siap 17 Bulan Awal



Seramai 1,536 penjawat awam menerima kunci awal Projek Perumahan Awam 1 Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil, berbanding jadual asalnya Mei 2019. 

PPA1M adalah kediaman dua blok, setinggi 41 tingkat, dibangunkan di kawasan seluas 2.89 hektar. Ia tidak menggunakan perbelanjaan kerajaan sebaliknya hasil pelaksanaan konsep kaedah subsidi bersilang iaitu pemaju membangunkan perumahan itu untuk kerajaan dan mereka akan membangunkan pula projek perumahan di tanah bersebelahan yang akan dijual pada orang awam.

Harga jualan PPA1M ditetapkan hanya RM 150,000 sehingga RM 300,000 berbanding harga pasaran RM 500,00 seunit. Ia dilengkapi kemudahan klinik, kiosk, surau, tadika, taman permainan, dewan serta hanya 400 meter ke LRT Bukit Jalil.

#BarisanProRakyat