Selasa, 13 Mac 2018

Pusat PERMATA Kurnia Diperluas Ke Melaka



Melaka kini menerima manfaat hebat oleh kerajaan apabila Pusat PERMATA Kurnia akan diperluas ke negeri itu. Ia adalah yang kedua selepas Pusat PERMATA Kurnia Sentul, Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada Disember 2015.

Pusat ini dibina dengan kemudahan yang lengkap dan suasana pembelajaran yang kondusif bagi memberi akses pendidikan terbaik kepada kanak-kanak autisme di Zon Selatan iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

PERMATA juga mengadakan perbincangan dengan beberapa hospital kerajaan di negeri terlibat memandangkan kemasukan ke pusat  ini adalah melalui rujukan dari pihak hospital.

Selain itu, PERMATA turut memperoleh kelulusan sebanyak 22 perjawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tenaga pengajar yang akan dilantik untuk mendidik anak-anak autisme ini.

#BarisanProRakyat