Ahad, 6 Mei 2018

Perang politik N16 Kamunting PRU 14

Hari ini berbaki 2 hari lagi untuk calon berkempen. Segala strategi telah digunakan. DUN N16 adalah pertandingan 3 penjuru antara BN, Pas dan PKR.

BN mencalonkan semula Dato Muhamad Zahir Dato Muhamad Khalid untuk kali ketiga. Bertanding buat pertama kali pada PRU tahun 2008. Lantang berdebat dan berhujah di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Mempunyai pengalaman pelbagai bidang.

Pertama kali selepas Perak diambil alih daripada Dap dan Pas Beliau dilantik menjadi Exco Pendidikan. Selepas menang PRU 13 beliau dilantik sebagai Exco perindustrian . Mempunyai ijazah ekonomi dan perundangan.

Lawan nya dari parti Pas adalah orang lama yang pernah tewas dalam PRU 2013. Kelayakan dan kelulusannya tidak jelas. Beliau pernah menjadi guru sekolah agama Lil Banat .

2013 bertanding dengan penuh bergaya kerana sokongan dan bantuan dana Dap.  Bagaimana pun beliau tewas kepada BN dengan majoriti 887. Ia menunjukkan PAS mempunyai kekuatan kerana undi cina daripada Dap.

Ketika itu mereka Pas dan Dap mempunyai hubungan yang halal. Walaupun sebelum ini Pas pernah berkata kepada penyokong mereka bahawa undi Umno adalah haram.  Undi calon bukan Islam adalah haram. Selepas bertahalul siyasi semua menjadi halal belaka.

Dulu sebelum Nik Aziz menjadi menteri besar mereka berhujah suara wanita adalah aurat jadi Kelantan tidak menghantar peserta wanita dalam musabaqah Al Qur'an  tetapi selepas itu mereka menyatakan ianya tidak haram dan selepas itu muncul lah nama nama muslimah Pas yang menjadi Adun dan Ahli Parlimen. Antara yang popular ialah Puan  Siti Zailah Yusoff dari Rantau Panjang.

Terlajak dah !

Berbalik kepada isu calon N16 seterusnya ialah calon Pan yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang konktrik dan binaan. Beliau seorang Profesor di sebuah Universiti di Perak. Tidak ada pengalaman dalam politik. Mungkin aktif dalam Pas sebelum menyertai team Mat Sabu. Sanggup melepaskan jawatan di IPT semata mata untuk menjadi YB kerana yakin dengan perjuangan Mat Sabu yang disokong oleh Dap.

PRU kali ini undi BN semakin bertambah kerana dasar kerajaan dan Transformasi Nasional yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib menampakkan kejayaan yang penuh bermakna untuk rakyat dan kemajuan negara.

Kepada calon Bn Dato Muhamad Zahir diharap akan mendapat sokongan besar oleh pengundi N16 kerana khidmat beliau kepada penduduk Kamunting dan Taiping tidak memilih bulu. Bantuan kerajaan Barisan Nasional diberikan kepada semua pemohon yang layah tak kira mereka pengundi Dap, Pkr atau Pas.

Al kisah 11 bulan Perak dibawah Pas dan Dap. Adun Kamunting terus memberikan khidmat kepada rakyat melalui penubuhan JKKKP . Ini kerana kerajaan Pas /Dap tidak memandang kepada rakyat yang bukan penyokong mereka. 

Bukan itu sahaja, tadika kemas juga terpaksa ditutup kerana mereka merampas semua sekolah tadika.  Tadika Pasti terus dikekalkan kerana ketika itu Pas bersama Dap.

Minggu depan andai kata PH menang bukan sahaja tadika Kemas ditutup tetapi Pasti juga akan menerima nasib yang sama seperti tadika Kemas.

11 hari masa diberikan kepada parti untuk berkempen. Pelbagai cara telah dilakukan oleh PH untuk menang besar.

Salah satu strategi mereka ialah menggunakan satu lambang sahaja iaitu lambang PKR.  Ini adalah strategi Dap untuk meraih 10 hingga 15 peratus undi Melayu terutama mereka yang berada di atas pagar.

Strategi Dap yang mendominasi PH menjadikan GST sebagai senjata utama menewaskan BN. Kita faham rata rata orang Dap adalah peniaga jadi dengan sistem GST ia menyebabkan peniaga sukar menipu cukai perniagaan kerana rekod GST akan menjadi kayu ukur untuk cukai. GST bukan benda baru. Ia sudah 4 tahun berjalan.  Dalam tempoh tersebut kenaikan harga barang dapat dikawal dengan petunjuk cukai GST.  Ia juga untuk mencegah pencatutan harga .

Oleh yang demikian,  GST menyusahkan golongan penipu yang sebelum ini memalsukan penyata pendapatan jualan kepada  kastam dan LHDN.  Tujuan untuk mengurangkan pembayar cukai tahunan.

Kesian melihat calon PAN N16 yang berjawatan professor kejuruteraan boleh terpedaya dengan taktik kotor Dap. Sepatutnya manusia yang ada PhD ini boleh guna otak untuk menilai kebaikan GST yang diguna pakai oleh lebih 160 negara.

Nak tanya di kepada calon Pan ini. Lu belajar sampai dapat PhD dan jadi Prof tu sapa yang tanggung?

Berbalik kepada calon PAS yang bertanding kali kedua. Dahulu dia dia tewas 500 lebih undi sahaja. Bermakna dia ada kekuatan untuk PRU 14.

Malangnya sepanjang 5 tahun lalu beliau perlu menjaga kebajikan penyokongnya. Membantu apa yang patut. Oleh kerana tidak menjaga aqidah pengikutnya ia menyebabkan lebih separuh penyokong yang setia dengan bendera bulan telah keluar parti dan menyertai Pan. Sebahagiannya menyertai Umno.

Ia membuktikan bahawa undi pas masuk syurga adalah palsu. "Sapa tak mahu masuk syurga habaq mai?"

Oleh kerana pemimpin gagal menjaga aqidah dan syariat parti Islam maka mereka jatuh sesat dan manjadi ahli neraka.

Penceramah Pas pernah berkata sesiapa yang dengar ceramah Syamsul Debat bila mati akan berada di belakang Dajal. Sekarang bagaimana pula mereka yang keluar Pas dan masuk Pan? Ada kah mereka berada di belakang Dajal dan tidak mencium bau syurga?

Sepatutnya calon Pas yang pernah menyaman taipingmali RM3 juta beberapa tahun lepas menggunakan kedudukannya sebagai ahli agama untuk memenangi hati penyokong dan pengikut dan pengundi nya.

Sepatutnya manifesto atau aku janji semasa PRU 13 dahulu menang atau kalah janji tetap dilaksana kan untuk kebaikan masa depan bukan di tinggalkan begitu sahaja selama 5 tahun.

Hari ini sekali lagi muncul dan menabur janji dengan menggunakan pentas surau dan masjid untuk meraih undi. 

Janji tinggal janji macam lagu Aishah Pan yang datang ke Kamunting dan membawa lagu " Janji manis mu".

SPR melarang calon berkempen dalam masjid dan surau tetapi mereka terus melakunya. Subuh pun sempat berkempen. Baru baru masjid Asam Kumbang pengerusinya nya mengumumkan selepas solat subuh dengan memperkenalkan calon Pas. Calon pula bukan anak Khairiah masjid tersebut.

Di masjid Expo yang kini dikuasai oleh Pan, calon Pan telah berjaya masuk dan memberikan tazkirah Jumaat sebelum penamaan calon.  Jumaat lalu pihak masjid ada mengumumkan majlis teh tarik bersama  Mat Sabu  bersebelahan  UPU Pas Kg Expo. Malah pengerusi masjid juga turut hadir di majlis tersebut.

Kita ada dua hari lagi. Kita nak tengok pengaruh siapa lebih hebat,  Pas atau Pan.
Paling melucukan kelmarin iaitu calon Pas yang cukup terdesak sekali lagi naik atas deck  4x4 dan  bagi ceramah kepada pelanggan sebuah restoran ikan bakar di Batu 4 Kamunting.  Sayang nya pelanggan langsung tidak memberikan perhatian terhadap ceramahnya.

Akhir kata kalau kalah lagi,  tak payah lah muncul 5 tahun akan datang dan menabur Janji-janji manis.
Sekian/.....