◾ *Anda ingin menukar kerajaan ??*
◾Saya mahu bertanya anda beberapa soalan Adakah kerajaan hari ini menzalimi
anda?
◾Anda mungkin menjawab ya, kerajaan menindas anda. Tetapi, anda tentu tidak dapat menjawabnya secara spesifik apa kezaliman itu. Anda mungkin menjawab isu-isu seperti GST, Felda, kenaikan harga barang-barang, 1MDB dan pelbagai cerita yang dibawa
oleh pembangkang.
◾Nanti dulu, isu-isu itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda, kecuali GST dan kenaikan harga barang-barang. Dan dua isu ini saya akan terangkan kemudian.
◾Jadi, saya mahu bertanya anda lebih lanjut lagi, adakah kerajaan merampas harta benda anda?
*Tidak, bukan?*
◾Adakah di negara ini anda sukar mendapat pekerjaan?
◾Tentu anda tidak dapat menafikan di negara ini banyak pekerjaan kerana ramai pendatang asing masuk bekerja di sini.
◾Adakah anda tidak dapat menjalankan kehidupan sebagai seorang Islam?
Tidak, bukan? Di mana-mana masjid didirikan dengan megah dan anda dapat menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dengan selesa. Bahkan orang-orang bukan Islam juga bebas mengamalkan agama mereka.
◾Adakah di negara ini tidak ada kebebasan bersuara?
◾Jangan berbohong. Di negara ini, ironinya, anda bebas menyatakan apa saja, melainkan ia jelas menyalahi undang-undang. Anda bebas mengkritik, mengutuk dan mempersoalkan kerajaan. Sebaliknya anda telah menyalahgunakan kebebasan bersuara ini.
◾Buktinya jelas, berapa ramai yang dikenakan hukuman kerana melampaui batas dengan
melakukan fitnah.
◾Kebebasan bersuara sebenarnya lebih jelas apabila akta ISA juga telah dimansuhkan.
Adanya hukuman kepada yang memfitnah bukannya bermakna kerajaan menutup kebebasan bersuara. Di mana-mana negara pun, jika anda menfitnah anda akan dikenakan hukuman.
◾Apakah ada rakyat Malaysia yang tidak cukup makan dan kebuluran?
*Tidak ada, bukan?*
◾Adakah di negara ini terdapat kes orang melakukan jenayah kerana terdesak mahu
memenuhi keperluan hidup?
◾ *Tidak ada, bukan?*
Melainkan ramai orang melakukan jenayah kerana mahu hidup
mewah dengan cara yang mudah. Kalau pun ada, ia adalah kes terpencil yang tidak boleh
dijadikan hujah bahawa kehidupan di negara ini susah. Kerajaan juga menyediakan bantuan kepada golongan yang susah.
◾Adakah kemahiran dan kebolehan anda dinafikan?
◾Tidak, bukan? Setiap orang bebas memilih apa yang dimahukannya.
◾Adakah anda dihalang membina kekayaan?
*Sudah tentu tidak.*
◾Adakah anda berasa tidak selamat berada di negara ini?
◾Anda masih boleh bersiar-siar ke mana-mana tanpa rasa terancam. Ia tidak seperti di
negara-negara lain yang bergolak.
*Semua ini tidak ada, bukan?*
◾Jadi, apa lagi dakwaan-dakwaan lain?
◾Berkenaan GST, sekiranya anda fikir GST 6% itu menzalimi anda, bagaimana pula
dengan negara lain yang mengenakan cukai lebih tinggi? Tolong jawab kepada saya.
◾Kenaikan harga barang-barang? Jika ini anda anggap sebagai kezaliman, anda
sebenarnya tidak memahami perkara ini. Di mana-mana negara tidak ada penurunan harga barang-barang. Setiap masa harga barang-barang naik seiring dengan perkembangan ekonomi.
◾Apakah lagi kezaliman kerajaan yang anda dakwa?
◾Malah pelbagai perkara telah kerajaan lakukan untuk membantu rakyat. Bantuan
Rakyat 1 Malaysia, contohnya.
◾Anda mungkin akan membebel kepada saya isu-isu besar yang dibawa oleh
pembangkang. Saya boleh katakan ia tidak ada kaitan langsung dengan anda. Tetapi, anda mungkin akan menjawab ia akan menjejaskan negara. Negara akan bankrap kerana urustadbir yang salah.
◾Jadi, apa lagi yang tidak kena dengan negara ini?
◾Apakah ada pemimpin negara ini membunuh secara kejam rakyatnya seperti di
negara lain?
*Tidak ada, bukan?*
◾Adakah anak-anak isteri anda dilarikan pemimpin sebagaimana yang berlaku pada
zaman-zaman Melayu lama dahulu?
*Tidak ada, bukan?*
◾Jadi, saya mahu bertanya, di negara manakah yang kerajaannya terlepas daripada
tuduhan-tuduhan yang sebegini? Saya tidak menafikan ia langsung tidak berlaku di negara ini, tetapi perkara ini adalah sebati dengan mana-mana kerajaan pada zaman moden ini.
◾Mesti ada ketirisan, penyelewengan dan salahlaku. Bahkan ia juga berlaku di Pulau Pinang dan Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang.
◾Jika anda fikir menukar kerajaan akan mengelakkan perkara ini, ia sebenarnya suatu
khayalan dan utopia anda semata-mata. Tidak ada kerajaan yang seratus-peratus bersih di dunia hari ini. Hiduplah dalam realiti.
◾Maka, sekarang saya mahu anda bertanya pada anda sendiri, apakah sebenarnya kezaliman kerajaan ke atas anda?
Sebenarnya perkara ini mengingatkan saya pada tulisan motivator terkenal, Dr Ibrahim Elfiky dalam bukunya yang bertajuk Quwwat al-Tafkir, 2008. Di dalam buku itu beliau
menceritakan berkenaan seorang wanita muda yang mahu bercerai dengan suaminya.
◾Dalam sesi kaunselingnya, beliau telah bertanya kepada wanita muda itu pelbagai
soalan. Adakah si suami memukulnya? Adakah si suami tidak memberikannya nafkah?
Adakah si suami mengasari anak-anak mereka? Apakah si suami menyimpan perempuan lain? Apakah si suami pemabuk?
◾Wanita muda itu menjawab, semua perkara itu tidak berlaku. Si suami adalah
seorang lelaki yang baik, tidak pernah berkasar, setia, memberikan belanja yang cukup. dan selalu lemah lembut.
◾Jadi, kenapakah dia mahu bercerai?
◾Si wanita muda itu menyatakan kerana si suami tidak lagi meluangkan masa
dengannya seperti dulu. Tetapi, selepas dia menjawab soalan-soalan tadi, dia baru tersedar yang suaminya sememangnya seorang lelaki yang baik. Soalan-soalan yang jelas itu memecahkan segala kekeliruan dan persepsi dalam mindanya.
◾Realitinya, hanya kerana sebab yang remeh-temeh seperti itu, si wanita mahu
bercerai. Dr Ibrahim menyatakan lelaki yang baik seperti si suami itu sebenarnya adalah
idaman ramai wanita lain di luar sana.
◾Mesejnya, manusia lebih cenderung memikirkan perkara-perkara yang negatif, dan
mereka tidak melihat sudut-sudut positif.
◾Begitu jugalah rakyat Malaysia hari ini. Mereka melihat sisi-sisi negatif kerajaan, dan
apabila ditanya seperti soalan-soalan di atas tadi, mereka tidak dapat menunjukkan
kezaliman-kezaliman kerajaan. Mereka hidup dalam ilusi dan persepsi semata-mata.
Mereka akan tersedar apabila kita bertanya secara jelas.
◾Kepada rakyat yang sebegini, jika semuanya diberikan percuma sekali pun, mereka tetap tidak akan bersyukur. Maka bagaimana mereka mahu berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini telah melakukan pelbagai perkara yang baik untuk rakyat.
◾Seperti si suami tadi, negara ini juga sebenarnya impian ramai rakyat negara jiran.
◾Malangnya, rakyat Malaysia sendiri tidak mensyukuri kemakmuran negara yang
sedang mereka nikmati di bawah pentadbiran kerajaan sekarang ini sehingga mahu
menukar kerajaan baru.
◾ *Berfikirlah, jangan hidup dalam khayalan dan persepsi-persepsi.*