1. Kini tular isu mengenai pembelian Volvo S90 oleh Mukhriz Mahathir untuk dijadikan kereta rasmi kerajaan negeri yang baru.
2. Setelah diasak dengan kemarahan rakyat, Mukhriz akhirnya memberi alasan bahawa kereta Volvo S90 hibrid (harga pasaran RM 368,888) itu dibeli setelah 'trade-in' 2 kereta lama milik kerajaan negeri.
3. Kata Mukhriz, 2 buah kereta yang di'trade-in' itu tersadai akibat tidak digunakan. Maka lebih baik beliau 'trade-in' agar boleh beli kereta baru.
4. "Bijak" kan anak Mahathir seorang ni?.. "Bijak sangattt".
5. Pertama sekali, kereta apa yang Mukriz 'trade-in' 2 buah sampai dapat harga RM368,888? (Kira-kira RM 184,444 sebuah).
6. Kalau kereta Perdana, yang baru pun sekitar 100 ribu, kalau trade-in hanya berapa puluh ribu yang dapat?
7. Jadi kereta apa 2 buah yang trade-in sampai RM368,888 tu?
8. Kedua, kereta 2 buah yang ditrade-in itu dibeli menggunakan duit rakyat. Hasil jualan kereta itu harus dikembalikan kepada rakyat, bukan untuk 'keselesaan' kamu.
9. Ketika rakyat kini 'mengikat perut' dan terpaksa berkorban membayar bermacam cukai demi 'membayar hutang' kononnnya, tidak bolehkah kamu berkorban sedikit 'keselesaan' dengan menggunakan kereta rasmi yang sebelum ini?
10. Adakah kamu terlalu manja, allergik jika menggunakan kereta 'murah' seperti Proton Perdana sedangkan rakyat hanya mampu 'selesa' dalam Perodua Viva?
11. Ketiga, hakikatnya kami tahu kamu lebih dari mampu membeli Volvo S90 itu. Kamu bukan orang miskin. Famili kamu semuanya billionaire.
12. Tapi bila kamu 'memperbodohkan' kami dengan alasan yang kepala otak kamu rasa mampu memperdaya kami, maka kami menjadi marah.
13. Jika hendak beli kereta baru, guna duit sendiri. Kalau adik-beradik kamu mampu beli kilang arak beratus juta secara tunai, takkan kamu tidak mampu beli 'kereta murah' seperti Volvo S90 ini. Buat malu sahaja.