Rabu, 10 Oktober 2018

Demi Keselamatan Penduduk Taman Akasia Jalan Terpaksa Ditutup


Kawasan perumahan baharu, kebanyakan membina pagar keselamatan dan mempunyai kawalan keselamatan sendiri. Trend terbaru ini semakin berkembang dari Lembah Kelang ke negeri-negeri lain.

Paling kontroversi hari ini ialah nasib penduduk Kampung Nibong Pangkalan Batu Melaka di mana penduduk kampung membantah penutupan jalan pintas untuk ke masjid yang berada di kawasan tersebut.

Dengan penutupan jalan tersebut maka penduduk kampung menghadapi sedikit kesulitan untuk berulang alik dari kampung mereka ke masjid.

Penutupan jalan tersebut membuatkan penduduk membantah dan paling malang apabila Adun yang juga Exco kerajaan negeri PH bertindak melampaui etika. Nampak jelas Exco tersebut tidak memihak kepada penduduk tetapi lebih berpihak kepada penduduk taman.








Demi menjaga keselamatan penduduk Taman Akasia, Pangkalan Batu Melaka, jalan kampung terpaksa ditutup.

Jalan masuk ke Taman Akasia dari Kampung Nibong yang dibina pada tahun 2005 di atas tanah rezab Sungai Melaka (JPS) terpaksa ditutup untuk mengelakkan kecurian pada harta penduduk taman.

Kawasan Perumahan Berpagar pada satu sudut kelihatan baik tetapi dari beberapa sudut lain ia banyak juga yang negatif.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/355268/kawasan-perumahan-berpagar-tempat-penjenayah-bersembunyi


Kewujudan kawasan kediaman berpagar dikhuatiri menyebabkan persembunyian penjenayah, terutama kes sindiket perjudian atas talian, pemerdagangan manusia dan penipuan love scam, berikutan polis sukar memantau kawasan terbabit.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mengakui pihaknya menghadapi masalah memantau penjenayah di kawasan komuniti berpagar yang dilengkapi pengawal keselamatan, selain tidak menolak kemungkinan ada pihak yang bersekongkol menyalurkan maklumat mengenai kehadiran pasukan polis.


Katanya, setakat ini terdapat beberapa kes dikesan membabitkan kegiatan sindiket perjudian dan penipuan love scam yang beroperasi di kawasan kediaman berpagar dan tidak mahu kegiatan seumpama itu terus meningkat di kawasan terbabit.


"Penjahat menggunakan rumah dalam komuniti berpagar ini untuk melakukan kegiatan mereka yang tersembunyi dari pihak polis.


"Ada insiden di mana rumah di kawasan komuniti berpagar ini digunakan untuk aktiviti perjudian online dan penipuan.


"Bila pihak berkuasa macam polis tak boleh masuk, macam mana nak tahu (wujudnya aktiviti jenayah)? Jadi kalau tak boleh masuk dalam kawasan itu, kenalah persatuan itu sendiri buat pengawasan dan pemantauan.


"Jangan tunggu sampai berleluasa baru mengadu kepada polis, selepas itu menyalahkan pihak polis kenapa tidak mengambil tindakan," katanya pada pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Persatuan Johor, di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim dan Pengarah ROS Johor, Yap Chu Sean.


Pada majlis tersebut, sebanyak 37 persatuan penduduk yang berdaftar dengan ROS menerima bantuan kewangan masing-masing sebanyak RM10,000 bagi tujuan menggerakkan aktiviti berbentuk keselamatan di kawasan taman perumahan khususnya di bandar.


Nur Jazlan berkata, ahli persatuan penduduk juga diminta 'celik mata' terhadap aktiviti pemerdagangan manusia yang dilakukan di dalam kawasan perumahan kerana walaupun jumlah kes jenayah masih kecil tetapi ia semakin meningkat.


"Ia membabitkan kes pemerdagangan manusia yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa. Persatuan perlu dilatih cara mengenal pasti mangsa pemerdagangan.


"Mangsa pemerdagangan manusia tidak hanya membabitkan orang yang diseludup masuk ke Malaysia, sebaliknya ada rakyat negara ini sendiri yang menjadi mangsa seperti orang dari kawasan kampung datang ke bandar dengan tawaran pekerjaan tetapi bila tiba di bandar, pekerjaan ditawarkan tidak wujud sebaliknya dipaksa melakukan perkara menyalahi undang-undang," katanya.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Nur Jazlan berkata, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) bakal mengadakan pertemuan dengan persatuan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) swasta dalam masa terdekat dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pencegahan dadah.


"Setakat ini PEMADAM ada menjalinkan hubungan dengan universiti awam menerusi penubuhan Kelab PEMADAM tetapi sekarang ini kita mengenal pasti bahawa di universiti swasta juga menghadapi banyak masalah dadah yang mungkin belum di kenal pasti dengan menyeluruh," katanya.