Ahad, 17 Februari 2019

Lagi Kehilangan Aset Negara Dibawah PH

Semalam, syarikat Axiata Berhad yang dimiliki Khazanah Nasional yang merupakan pelaburan  terbesar bumiputera melayu melalui ASB telah umumkan dengan rasminya bahawa mereka telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam syarikat telekomuniksasi (Telco) Singapura M1 Limited (M1) kepada syarikat milik kerajaan Singapura dengan harga RM1.65 bilion.

M1 merupakan satu dari tiga Telco yang menguasai pasaran khidmat selular Singapura.

Axiata  (sebelum ini dikenali sebagai Telekom Malaysia) bersama Khazanah Nasional telah membeli kepentingan 30% di dalam M1 pada tahun 2005.

Mereka merupakan pemegang saham terbesar dalam M1 sejak dari tahun itu sehingga semalam.

Dua lagi pemegang saham yang besar dalam M1 merupakan syarikat milik kerajaan Singapura iaitu Keppel dan SPH.

M1 ialah sebuah syarikat yang untungnya ratusan juta Ringgit setiap tahun.

Dua tahun sebelum ini dan seiras dengan impian dan rancangan strategik Axiata untuk menjadi syarikat telekomunikasi bertaraf Asian dan global, ia telah cuba untuk menjadi pemegang majoriti demi menguasai M1 dengan menambah pegangan saham mereka.

Impian dan langkah Axiata ini disokong oleh Khazanah dan kerajaan BN dahulu.

Berikut antara laporan mengenainya:
Axiata CEO eyes bigger stake in M1

Tetapi selepas PRU14, PH telah mengarahkan Khazanah yang merupakan pelaburan terbesar orang2 melayu melalui ASB ini untuk menjual aset-aset mereka dan memulangkan wang kepada kerajaan PH.

Pada masa yang sama, harga saham Axiata juga jatuh 40% dari harga RM5.45 pada bulan April sebelum PRU14 kepada RM3.25 sekitar bulan September tahun lepas.

Oleh itu pada bulan September lalu, Axiata mengumumkan mereka ingin menjual M1 kepada siapa yang berminat:

Axiata open to offers for M1 stake (updated)

Maka, media Singapura pun melaporkan bahawa harapan dan impian Axiata sudah padam.

Axiata's Asia dream fades as rivals bid for its overseas units

Semasa mengumumkan penjualan M1 semalam,  boss Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, berkata pelupusan saham itu bukan satu keputusan yang mudah bagi syarikat itu.

"Kami gembira dengan pelaburan di M1 dan percaya ia akan memberikan manfaat positif jangka panjang. Namun pada masa yang sama, kumpulan perlu menjalankan pelupusan utama dan menggunakan modal kami sebaik mungkin.

"Modal yang diperoleh akan ditumpukan kepada visi baru kumpulan serta meningkatkan nilai pemegang saham."

Boss Axiata jelas kecewa dengan penjualan ini tetapi tidak dapat membuat apa-apa kerana ini arahan dari kerajaan PH yang secara halus mengecilkan pelaburan  kaum bumiputera di negara ini.

Selepas Khazanah jual IHH kepada Jepun bulan November lalu, mereka jual M1 kepada Singapura semalam.

Seperti yang DSN tulis semalam, banyak lagi aset negara untuk orang2 melayu yang dibina oleh kerajaan BN dahulu telah, sedang dan akan dijual oleh PH.

Inilah istilah jual negara yang sebenar-benarnya.