Ahad, 5 Julai 2020

#PRKCHINI Tahniah Pengundi Dun Chini N23

Terima kasih kepada semua pengundi DUN Chini kerana telah menunaikan tanggung jawab anda sebagai pengundi pada PRK DUN Chini yang baru selesai.

Kepada pengundi yang telah memilih Calon Barisan Nasional yang juga mewakili Muafakat Nasional, terima kasih banyak-banyak.

Kepada semua jentera petugas baik daripada Barisan Nasional dan juga Muafakat Nasional (UMNO/PAS) serta lain-lain jentera dari Perikatan Nasional, jasa dan tenaga anda insyallah akan di hargai.

Perjuangan kita pada hari ini adalah demi masa depan anak cucu kita serta untuk negara kita yang tercinta, Malaysia.

Kepada semua yang terlibat pada PRK DUN Chini, tahniah dan terima kasih.

Saya tidak dapat bersama atas faktor kekangan kewangan dan keluarga.

Rosli
Selayang Kayangan
Julai 4, 2020