Jumaat, 25 Julai 2008
Lori Sampah Yang Jijik dan Memualkan
Bila berbicara soal jijik sudah tentu ia menggambarkan sesuatu yang teramat busuk bak bangkai binatang yang sedang reput dimamah ulat atau bila kita membayangkan mayat manusia reput yang bergelempangan akibat malapetaka tsunami.
Di Taiping setiap hari penduduk Taiping akan berhadapan dengan masaalah bau busuk yang bukan disebabkan oleh bangkai binatang atau mayat reput yang busuk, tetapi bau itu tak lain dan tak bukan ialah lori sampah samada milik MPT atau milik swasta.
Semua lori sampah yang beroperasi dari awal pagi kelihatan lusuh dan buruk walaupun usia lori masih baru ini berdasarkan no plate pendaftarannya.
Aku selalu perhatikan lori-lori sampah yang keluar masuk ke depot simpanannya di Jalan Pokok Assam memang tidak pernah dibasuh. Selesai tugas lori di tinggalkan , esok datang lagi. Manalah lori tu tak busuk...saki baki dan daki-daki keladak sampah terus melekat di dasar perut lori untuk bertahun-tahun.
Seperkara lagi yang meloyakan tekak ialah sikap pekerja lori pemugut sampah ialah mereka banyak menghabiskan masa di tong-tong sampah kerana kesemua pekerja sibuk mengasing dan mengumpulkan barang-barang buangan yang boleh dijual semuala. Kalau ada 5 pekerja maka akan tergantunglah 5 guni plastik dibelakang lori untuk dijual di pusat pengumpulan barang lusuh.
Selain guni-guni yang digantung dikeliling lori, kereta sorong dan bakul-bakul rotan juga tergantung disekeliling badan lori. dan ini amat menyakitkan mata yang memandang.
Jauh manakah bau busuk dan hanyir lori boleh dihidu oleh hidung manusia?
Jawabnya ialah 1km kalau kita berada dibelakang lori sampah. Dalam jarak itu hidung kita sudah dapat menghidu bau lori sampah, dan terpulangkan untuk kita untuk terus menghidu atau mengejar dan memintas lori tersebut, aku selalu memecut laju untuk memotong lori supaya bau busuk dapat hilang cepat. tak sanggup berada dibelakangnya sepanjang destinasi.