Sabtu, 15 November 2008

Pas Sibuk Hal Umno untuk menutup bangkai Pas

Sekarang ialah musim pemilihan MT Umno. Pas dan Harakah mengambil ruang yang banyak untuk berbicara soal pemilihan ini. Mengkritik dan menghemtam kromo terhadap Umno. Orang itu korup , orang ini rasuah, si polan tak layak dan macam-macam hal lagi.

Harakah sepatutnya tidak lupa akan kepincangan Pakatan Rakyat dan ketidak stabilan pakatan mereka hari ini. Mereka lupa tentang pemerintahan cacamerba PR di Perak yang huru-hara.

Bila MB Terengganu ingin menukar kereta Perdana kepada Mercedes, Pas lantang mengkritik , tetapi senyap apabila Selangor dan Perak ingin menukar kereta baru.

Harakah tidak mendedahkan tentang penyelewengan pemimpin Pas , korupsi Pas yang jelas dapat dilihat di depan mata.

Mereka tidak mengkritik apabila exco Perak menerima tiket dan wang poket untuk melancong sebanyak tiga puluh ribu ringgit seorang.

Harakah tidak mengkritik pemberian hak milik tanah 999 tahun kepada penyokong Dap di Perak.

Mereka sepatutnya mengkritik Nizar kerana tidak memperdulikan orang Melayu yang tinggal di tanah-tanah haram dan TOL.

Seperti yang pernah di sebut dahulu , harakah hanya membaca akhbar aliran perdana setiap hari untuk mencari bahan terbitan mereka.

Harakah sentiasa memesongkan pemikiran pengikut mereka supaya memboikot akhbar aliran perdana dan hanya membaca Harakah.

Jelas Pas dan Harakah mahu penyokong mereka bercakap seperti burung kakak tua. Dapatkan berita hanya dari lidah Pas , Blog Pas dan ucapan pemimpin mereka sahaja.