Jumaat, 27 Februari 2009

berita BPN

sponge broz: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini, hari ini, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.
Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai.

sponge broz: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa pengunaan kata-kata Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
ini berikutan perintah yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri yang membenarkan perkara tersebut mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perintah itu dikeluarkan pada 21 Januari lalu dan telah digazetkan pada 16 Februari tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan semasa sebutan kes semakan kehakiman berhubung larangan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan Herald The Catolic Weekly

  • 4:21 PM
    2/27

    Kawalan keselamatan di Parlimen diperketatkan berikutan insiden pergaduhan semalam, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh