TGNA berkata dia adalah nakhoda bahtera Pas, dan sekaligus menafikan segala kenyataan Hadi Awang untuk bekerjasama dengan Umno dan Tuan Guru juga telah tidak bersetuju sekiranya Nizar menjadi calon Pas di P59.
Sekarang sah bahawa Nizar akan menjadi calon Pas di P59 dan persoalannya ialah ia keputusan siapa? Adakah Nizar juga menderhaka kepada Tuan guru Nik Aziz? Adakah Pas Perak telah membelakangkan suara Mursyidul Am mereka? Saya ingin melihat Nik Aziz menggosok kepala Nizar selepas ini tanda restu beliau terhadap keputusan Pas yang menamakan Nizar di P59. Atau seperti biasa kenyataan Tuan Guru yang boleh berubah-ubah mengikut hari dan situasi. macam cerita tok guru ikan kepala besar.
Nizar jika menang di P59 Bukit Gantang maka ia akan menjadi seorang Pas yang paling kaya di Malaysia. Jika tuntutan tugas Menteri Besar kembali kepada dia maka rekod gaji Khalid gagap akan terpadam. Nizar akan memperoleh pendapatan berganda. Dia akan terus kaya raya. Baru-baru ini Nizar telah menceritakan dia mempunyai 8 kereta mewah iaitu Mercedes dan BMW. Lepas ini bolehlah menambah Ferarri, Cayenne, Bugatti ataupun menjadi pelanggan pertama Naza Motor iaitu Mesaratti baru.
Dua tiga hari saya membuat tinjauan di sekitar kawasan P59, ada tauke cina berani membuka meja judi dengan meletakkan Nizar sebagai pemenangnya. Sesiapa yang nak berjudi boleh cari lah tauke judi ini dan boleh letakkan taruhan anda. Jika Nizar menang walau kelebihan 1 undi dia akan bayar RM 3000. Sungguh berani tauke itu meletakkan kejayaan kepada Nizar. Adakah taktik tauke judi ini? Yang saya faham ialah ia cuma nak mendapat untung berlipat kali ganda sedangkan dia tahu Nizar akan kalah. fikir sendiri lah bab tauke judi ini.
Seorang rakan India memberi tahu saya sebuah kisah lucu yang berlaku di Trong. Seorang lelaki India hendak ke klinik dan menunggu bas di tepi jalan. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti dan bertanya destinasi India tersebut. Mereka telah membawanya untuk ke klinik, dan dalam kereta India tersebut telah diberi RM20. Mereka juga memujuknya supaya memangkah Pas dalam PRK nanti. India ini jenis betui bendui. Dia kata saya dari dulu juga tetap pilih kati (dacing lah tu) akibat setianya kepada BN dan enggan mengikut kehendak pemancing undi Pas tersebut maka wang RM20 tadi dirampas balik dan lelaki India itu dilepaskan di tepi jalan. Kawan saya India tadi lalu di situ dan menyelamatkan lelaki India tersebut yang berdiri di tengah hutan estet . Nasib baik tak jumpa rimau...