Jumaat, 27 Mac 2009

Harakah Edisi Jumaat 27Mac 2009-Edisi terakhir Pas

KDN telah mengambil keputusan untuk menggantung Harakah selama 3 bulan. Mungkin ayat menggantung penerbitan tersebut hanya ujian atau test market oleh KDN sahaja. Pas masih tetap seperti biasa, mempersetankan segala peraturan dan undang-undang negara.

Hari ini naskah Harakah untuk edisi Jumaat 27 Mac sudah berada di pasaran, mungkin ia tidak dijual di kioks atau di kedai buku. Pagi ini saya telah melihat naskah tersebut dibaca oleh seorang rakan dengan penuh kyusuk dan tawaduq.

Mungkin KDN sudah mendapat satu naskah tersebut. dan adakah KDN akan membatalkan terus permit penerbitan Harakah untuk selama-lamanya?

Mungkin Edisi Jumaat hari ini akan menjadi keluaran terakhir Harakah?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.