Hakikatnya ialah Pas pasang tinggi-tinggi bukan kerana takut kepada BN tetapi mereka takut kepada bayang-bayang mereka sendiri. Oleh kerana mereka kerap merosakkan dan memusnahkan bendera Umno dan BN maka mereka berasa takut pihak Umno akan bertindak balas kepada bendera mereka.
Untuk merosakkan bendera dan banner Bn amat mudah. Hanya memerlukan pisau NT sahaja selain tenaga tulang empat kerat mereka.
Petang tadi saya telah meronda di beberapa kawasan dan cukup menyedihkan. Bendera dan kain rentang BN dirosakkan. Kayu pancang untuk mengukuhkan tiang bendera, disepak terajang sehingga patah dan tercabut. Bendera Bn dan Umno yang banyak dipasang beberapa hari lalu sekarang sudah berkurangan dan ada yang tiada langsung.
Sedih bila lah Pas nak ubah perangai....Kalau ada piala Fair Play sudah tentu BN akan menerimanya.